Monday, 2 February 2015

Kenyataan Pensyarah Kontroversi Ini Pasti Menyakitkan Hati Orang Melayu


Penceramah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah menjelaskan dirinya yang sering dilabel "lebih Melayu daripada Melayu" adalah kerana orang Melayu sendiri takut bersuara kerana mahu menjaga kuasa politik.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Terengganu itu turut menyifatkan dirinya tidak pernah membenci golongan bukan Islam, sebaliknya hanya bermusuh dengan golongan "ultra kiasu".

“Saya tidak pernah membenci bukan Islam atau kaum saya (Cina). Bagaimana Islam boleh berkembang jika kita bermusuh.

“Musuh saya adalah ultra kiasu yang menentang Islam dan undang-undang negara ini.

“Saya dilihat seolah-olah lebih Melayu dari Melayu, kerana orang Melayu sendiri takut untuk bersuara, hanya kerana untuk kuasa politik,” tulisnya dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini.

Ridhuan Tee berkata, "ultra kiasu" yang selama ini dimaksudkan dalam penulisannya merupakan golongan musuh Islam yang mahu menghancurkan agama Islam.

Katanya, golongan sedemikian tidak mahu kalah dan mahu menjadi juara dalam segala hal.

“Saya merujuk kepada mereka yang berada dalam PKR, DAP dan sesiapa sahaja yang menentang Islam, Melayu, raja serta Perlembagaan, termasuk mereka yang berada dalam Barisan Nasional (BN).

“Orang Melayu pun boleh menjadi ultra kiasu jika mereka menentang Islam atau menjadi liberal dan pluralis,” katanya.

Pensyarah kontroversi itu juga mendakwa tidak salah jika Islam mendapat kelebihan di Malaysia kerana ia  sememangnya dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Ridhuan, dia tidak berniat membenci bukan Islam tetapi terdapat segelintir mereka yang tidak pernah bersyukur.

“Umat Islam tidak pernah mencampuri hal ehwal agama lain amat jelas. Tindakan pihak penguasa agama terhadap ultra kiasu seperti rampasan bible di Selangor adalah dalam bidang kuasa jabatan agama," katanya mengulas rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tahun lepas.

“Ultra kiasu yang mengatakan khutbah Jakim ekstrem, sila nyatakan bila dan di para mana.

"Setakat mana ilmu Islam dia ada, untuk mengatakan khutbah tersebut ekstrem,” katanya merujuk dakwaan peguam Eric Paulsen terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menjadi kontroversi baru-baru ini. ~malaysian insider


Iklan B (ii)









3 comments:

  1. Lidah tak bertulang ...
    Lidah boleh bercabang ...
    Yang paling takut ialah bila lidah bercabang dan berbelit-belit semata-mata kerana cari makan ....

    ReplyDelete
  2. Kalau marahkan kisiau sekali pun jangan jadikan diri anda perkakas atau alat orang politik tertentu dan anda telah mula menuding jari kearah parti tertentu jika berminat untuk menjebak diri kearah polotik silakan pabila sedah berparti komenlah apa yang tersirat dalam qolbu yang anda hendak lepaskan kenapa anda tidak pernah menyebut parti UMNO atau BN yang berterangan mengamalkan undang-undang songsang tidak ditegur apakah kerana mereka memberi anda peluang untuk membelasah parti lawan mereka,saya yang membuat komen ini tidak menyebelahi mana-mana parti tapi ingin membetulkan anda yang selama ini saya kagum dengan ilmu yan g dikurniakan oleh yang Maha Esa itu,sayangilah ilmu itu jangan memehak demi untuk dunia yang akan menmusnahkan diri anda nanti,lihat dan renungi bagaimana para ilmuan bila terlibat dalam politik semuanya musnah bahkan sanggup meberi fatwa yang umat islam sendiri menjadi keliru,sebagai contoh Masyitaoh apa sudah jadi tak perlu saya tuliskan disini faham sendiri Bagaimana rakyat biasa menerima saranan beliau itu .

    ReplyDelete
  3. politik yang trbaik adalah politik yg berasakan prinsip islam...krna islam itu sempurna meliputi segala bidang kehidupan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...