Friday, 20 February 2015

JAIS Buat Kejutan Lagi..


Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin ditahan pihak berkuasa agama negeri Selangor selepas didakwa menyampaikan syarahan agama tanpa kebenaran di Shah Alam malam ini.

Wan Ji mengesahkan kepada The Malaysian Insider mengenai penahanan yang dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebaik selesai memberikan syarahan di sebuah surau di Seksyen 17, Shah Alam."Ya, saya ditahan Jais dan dibawa ke pejabat untuk memberi keterangan.

Pihak yang menahan saya berkata saya memberi syarahan tanpa mendapat kebenaran daripada mereka," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.Beliau ditahan kira-kira jam 9.50 malam tadi dan terus dibawa ke pejabat Jais di Shah Alam untuk disoalsiasat dan dilepaskan kira-kira 40 minit kemudian.

Beliau berkata Jais mengarahkannya hadir semula ke pejabat pada 23 Februari bagi proses selanjutnya.Berkuatkuasa 11 November tahun lepas, Wan Ji dilarang memberikan kuliah atau ceramah di mana-mana masjid dan surau seluruh Selangor menurut satu surat pekeliling Jais yang memberi alasan beliau tiada tauliah atau permit mengajar agama.

Surat yang ditandatangani Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad itu diedarkan kepada semua nazir atau pengerusi masjid dan surau seluruh Selangor.

Dalam surat itu, Jais menyatakan semua penceramah perlu mendapatkan tauliah sebelum mengajar."Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara tentang Islam tanpa tauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh 2 tahun atau kedua-duanya," katanya.

Sebelum itu, pada 10 September, Wan Ji yang merupakan bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berikutan kritikan lantangnya terhadap pihak berkuasa agama.

Beliau sebelum itu dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan institusi diraja.





Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...