Friday, 20 February 2015

Berita Bakal Meletup Seluruh Dunia..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap bekas komando polis Sirul Azhar Omar membuat kenyataan mengarut apabila mendakwa beliau bertindak mengikut arahan ketika membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA hari ini, Najib yang sebelum ini turut dikaitkan dengan mangsa kes bunuh itu, enggan mengulas lanjut."Mengarut semua tu, mengarut," katanya sambil menggelengkan kepala.

Najib diminta mengulas dakwaan Sirul Azhar, yang kini ditahan di Australia, yang dilaporkan Malaysiakini pada Selasa mendakwa, beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya sedangkan pembunuh "sebenar" masih bebas.

"Saya menerima arahan. Orang-orang penting dengan motif tertentu masih bebas," katanya dalam satu wawancara dengan portal berita itu.Semalam, Sirul dilaporkan berkata pegawai kanannya ketika itu, Timbalan Penguasa Musa Safri, sepatutnya dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya itu.

Ketika kejadian, Musa merupakan pembantu peribadi Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri."Dia sepatutnya dipanggil menjadi saksi oleh pihak pendakwa," Sirul dipetik berkata oleh Malaysiakini dalam satu laporan eksklusif.

Sirul, 43, juga memberitahu Malaysiakini beliau tidak pernah mengenali Altantuya atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan kawan rapat Najib – yang dibebaskan atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu.

Bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu sebelum ini mendakwa anaknya datang ke Malaysia khusus untuk berjumpa dengan Najib.Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Sirul dan Ketua Inspektor Azilah Hadri, mengatakan Hakim Datuk Mohd Zaki Yasin membuat kesilapan yang serius dalam perbicaraan termasuk dengan tidak memanggil Musa.

Panel tiga hakim mahkamah rayuan itu berkata kegagalan meletakkan Musa di kandang saksi penting bagi pihak pendakwaan untuk merungkaikan jalan cerita kes itu.Pada 13 Januari, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menghukum mereka ke tali gantung, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.




Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...