Saturday, 7 February 2015

Harga Minyak Akan Naik Bulan Depan.. Ini Petandanya


Harga minyak akan naik bulan depan.. ini petandanya. Ringgit dijangka kukuh minggu depan dengan kenaikan harga minyak, kata Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.

Beliau berkata sekiranya harga minyak terus mengukuh, bukan sahaja ringgit tetapi juga mata wang lain akan mendapat rangsangan, dengan minyak menjadi antara sumber perolehan utama negara.

"Kenaikan ringgit sebanyak 2% ke paras 3.55 memberi kelegaan dan kelemahan dolar AS berbanding kebanyakan mata wang setara dengannya, terutamanya berbanding euro dan yen," katanya kepada Bernama.

Nazri berkata jika trend ini berterusan, ringgit berkemungkinan diniagakan pada paras 3.3-3.4.

Bagi minggu dagangan singkat yang baru berakhir, ringgit menyaksikan kadarnya meningkat disebabkan oleh pemulihan harga minyak yang naik 2.3% ke paras 3.5 berbanding dolar Amerika, paling kukuh sejak 12 Jan, 2015.

Harga minyak akan naik bulan depan.. ini petandanya

Menurut laporan harga penanda aras niaga hadapan minyak AS naik US$2.03, atau 4.2% kepada US$50.48 setong di New York Mercantile Exchange.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit kukuh kepada 3.5460/5490 berbanding dolar AS daripada 3.6290/6320 pada Jumaat dan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.6335/6379 daripada 2.6872/6916 dan naik berbanding yen kepada 3.0215/0243 daripada 3.0825/0853.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.0588/0636 daripada 4.1156/1198 pada Jumaat, dan naik berbanding pound kepada 5.4307/4364 daripada 5.4689/4745 minggu lepas.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa sempena cuti umum.



Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...