Tuesday, 3 February 2015

Gambar Papan Tanda Paling Memalukan.. Saksikanlah


Papan tanda melarang orang ramai mandi manda di beberapa kawasan pantai peranginan yang bahaya, memang biasa.

Tetapi, apa yang luar biasa bagi satu papan tanda di Kuala Terengganu ini adalah terdapat kesalahan nyata dalam terjemahan bahasa inggeris.

“Kawasan ini tidak selamat untuk mandi dan berenang”, telah diterjemah sebagai “This region did not survive to bathe or swim”.

“Kesalahan satu atau dua ejaan masih boleh diterima, tetapi dalam kes ini, keseluruhan ayat dan perbendaharaan kata yang digunakan jauh  daripada menepati maksud ayat dan menyalahi tata bahasa Inggeris,” kata seorang pembaca yang mengirimkan gambar kepada The Rakyat Post.

Lebih menjengkelkan, tertera jelas arahan berkenaan dikeluarkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Nyata pihak yang bertanggungjawab menyiapkan papan tanda berkenaan mengambil jalan mudah tanpa merujuk kepada istilah dan frasa yang diguna pakai, sebaliknya melakukannya secara semberono dengan  menggunakan terjemahan daripada internet.

Memandangkan ia papan tanda awam,  situasi yang berlaku boleh memberi persepsi buruk terhadap kerajaan negeri khususnya tahap penguasaan bahasa Inggeris di negeri itu.

Justeru, kesilapan yang berlaku amat memalukan, kerana pantai berkenaan menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi juga kepada pelancong asing.

Sumber


Iklan B (ii)









5 comments:

  1. idris jusoh kata pencapaian bahasa inggeris spm adalah yang terbaik di dunia ..... ini macam ka ......???????????????

    ReplyDelete
  2. PAS ke yg perintah T'ganu nih??????

    ReplyDelete
  3. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tentu ada pegawai seranta yg sepatutnya peka dlm hal melibatkan imej PBT itu. Apakah kelulusan akademik dan perjawatannya kerana ada kabel dgn orang dalam?

    ReplyDelete
  4. Biasa la tu bro.... Org tganu mmg x fasih b inggeris

    ReplyDelete
  5. Datok Bandar....ini translation yang paling basic dan simple: " This area is not safe for bathing and swimming"... the very basic English.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...