Thursday, 5 February 2015

Berita Menggemparkan Ini Sudah Dijangka..


Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dianggap mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, mengatakan kenyataan menteri pertanian dan asas tani itu tidak ditujukan kepada kaum tertentu.

Perdana menteri berkata, Ismail menegur semua peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun Putrajaya menurunkan harga runcit minyak dan diesel turun.

"Teguran yang dibuat beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.

"Selain itu, beliau juga mencadangkan pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang," kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kabinet hari ini dimaklumkan mengenai kenyataan Ismail pada Ahad yang dibuatnya di media sosial, menjadi viral dan menerima pelbagai respon baik positif mahupun negatif.

Ismail dalam tulisan di posting Facebooknya menyeru pengguna, yang majoritinya orang Melayu menggunakan kuasa membeli mereka bagi memboikot golongan peniaga, yang majoritinya di kalangan kaum Cina, yang "liat turunkan harga barang walaupun minyak turun harga."

Penyokong dan pengikutnya memuji keberaniannya bersuara manakala masyarakat Cina ramai yang menyuarakan bantahan, terutamanya dari kalangan pemimpin DAP termasuk juga dari MCA, menggelarnya bersifat perkauman.

Najib menegaskan di dalam kenyataannya hari ini, kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

"Oleh itu, sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua," katanya.

Najib juga pada masa sama mengingatkan peniaga supaya bertanggungjawab, dan pengguna supaya bertindak bijak dalam menangani keadaan semasa berhubung keadaan ekonomi negara.

"Kabinet mahu para peniaga bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut.

"Selain itu, pengguna hendaklah menjadi pengguna bijak, dengan menggunakan kuasa mereka untuk mendorong para peniaga agar meletakkan harga yang berpatutan," katanya.

Terdahulu hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam kenyataan Ismail, mengatakan daripada memainkan isu perkauman, beliau sepatutnya mencari punca sebenar masalah yang dihadapi.

"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya. Mungkin dia tidak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tidak akan kata boikot barang jualan orang Cina," katanya.

Pagi ini, seramai 92 ketua Umno bahagian seluruh negara menyatakan sokongan secara terbuka kepada Ismail berhubung kenyataannya itu.

Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mewakili mereka berkata, kenyataan Ismail itu akan memberikan manfaat kepada semua termasuk kaum Cina.

"Kami selaku ketua Umno bahagian seluruh negara menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Ismail. Jika dilihat daripada konteks kenyataan itu, sememangnya kuasa beli kumpulan majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga menurunkan harga barang," katanya.


Lihat video di sini.

Addin:

Ayat penyata bukan susah untuk difahami, kenapa perlu ada orang lain untuk huraikan. Jangan cuba-cuba untuk memperbodohkan orang lain. Rakyat sekarang sudah bijak untuk menilai. Dimana slogan 1Malaysia yang di laungkan selama ini.. adakah sekadar retorik semata?





Iklan B (ii)









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...