Monday, 2 February 2015

Gambar Ini Memang Biadap..


Kuala Lumpur: “Tiada adab dan tidak bertanggung jawab.” Itu kenyataan tegas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai tindakan segelintir penyokong Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang mempamerkan kain rentang dengan imej individu berkepala anjing memakai baju kot mempunyai lambang FAM pada perlawanan sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin.

Menurut Hamidin, insiden itu menjejaskan keharmonian aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) antara Johor DT dan Pahang dan beliau menuntut penjelasan rasmi Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) walaupun presidennya Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah menyatakan kekecewaan mengenai apa yang berlaku.

“Apa yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos semalam (kelmarin) iaitu isu kain rentang bergambar anjing itu adalah sikap segelintir penyokong yang tiada sifat bertanggungjawab, tiada adab, kurang berdisiplin, tidak peka dan tidak sensitif.

Presiden PBNJ Tunku Ismail sendiri mengakui rasa kecewa dan beliau menganggap isu kain rentang itu satu perbuatan tidak wajar kerana jika penyokong tidak puas hati, mereka perlu mendapatkan fakta terlebih dulu.

“Bagi kes ini, FAM akan tetap menghantar surat tunjuk sebab kepada PBNJ,” katanya. ~hmetro



Iklan B (ii)









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...