Friday, 6 February 2015

Anwar Ibrahim Akan Lepas.. Ini Petandanya


KUALA LUMPUR: “Berpandukan bukti dan segala pemerhatian yang saya ikuti, Anwar Ibrahim akan memenangi kes liwatnya itu,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sokongan itu disuarakannya berdasarkan kewibawaan yang ada pada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keyakinannya bahawa Anwar tidak bersalah.

Menurut beliau, apa jua keputusan yang akan disabitkan terhadap Anwar nanti, “Pakatan Rakyat (PR) akan terus membawa perjuangan misi dan visi parti serta perjuangan reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini.

Sebelum ini Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari ini untuk keputusan rayuan kes liwat Anwar.

Dr Dzulkefly juga sangat optimis walaupun PR berhadapan pelbagai isu mencabar seperti Hudud, masalah di dalam PR akan dapat diatasi.

Namun, beliau menegaskan perbincangan yang lebih besar perlu dilakukan bagi mendapatkan jalan penyelesaian.

Beliau juga mengulas mengenai pertemuan mesyuarat pimpinan PR pada 8 Februari nanti yang diharap dapat meletakkan harapan rakyat mengatasi kepentingan komponen di dalam parti.

Setiausaha Eksekutif Sekretariat PR, Shabrimi Sidek sebelum ini mengesahkan mesyuarat itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS pada 2.30 petang.

Ia juga dilihat sebagai medan penyelesaian perbalahan yang wujud antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhubung kontroversi pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).



Saksikan antara video menarik berkaitan kes perbicaraan liwat Anwar..












Iklan B (ii)










No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...