Monday, 19 January 2015

Video Wanita Myanmar Di Hukum Pancung Di Arab Saudi Tersebar


Pihak berkuasa Arab Saudi memancung seorang wanita di khalayak ramai, di bandar suci Makkah, minggu ini. Rakaman video Layla Abdul Mutaleb Bassim dipancung sambil menjerit dia tidak bersalah, dimuat naik ke LiveLeak, pada Sabtu.

Susulan itu, media tempatan melaporkan, Arab Saudi telah menahan seorang individu yang merakamkan kejadian itu.

Saudi Press Agency (SPA) pada Isnin lalu melaporkan, Layla didapati bersalah, kerana membunuh anak perempuan tirinya yang berusia tujuh tahun.

“Siasatan membawa kepada perbicaraan yang mendapati dia bersalah,” demikian lapor SPA yang memetik Kementerian Dalam Negeri.

Kanak-kanak itu mati, akibat dipukul dan disula dengan sebatang kayu penyapu.

“Haram. Haram. Haram. Haram. Saya tidak membunuh…Saya tidak maafkan awak…Ini tidak adil,” jerit wanita itu dalam bahasa Arab.

Seorang pertanda yang berpakaian jubah putih, memaksa wanita itu melutut di dalam bulatan yang dilukiskan anggota polis di laluan pejalan kaki, sebelum melaksanakan hukuman itu.

Ramai pengguna Twitter membantah tindakan memuat naik dan menyebarkan rakaman video itu di Internet, kerana ia boleh dilihat oleh ahli keluarga wanita itu, tetapi tidak membantah hukuman pancung yang dikenakan terhadap wanita berkenaan.

Beberapa rakaman video memancung di Arab Saudi turut disebarkan di Internet, sejak tiga tahun lalu.

Layla adalah seorang daripada 10 banduan yang dipenggal pada 2015, di bawah undang-undang syariah ketat Arab Saudi.

Menurut statistik AFP, Arab Saudi memancung 87 orang, tahun lalu, berbanding 78 orang yang dipenggal pada 2013.

Menurut Amnesty International, Arab Saudi merekodkan hukuman mati ketiga tertinggi pada 2013, selepas Iran dan Iraq.

Negara-negara Teluk yang merupakan sekutu rapat Washington boleh menjatuhkan hukuman mati ke atas individu yang didapati bersalah kerana merogol, membunuh, murtad, melakukan rompakan bersenjata dan menyeludup dadah.

Pihak berkuasa Arab Saudi mengenal pasti Layla sebagai warga Myanmar.

Namun, Kedutaan Myanmar tidak boleh membuat sebarang pengesahan, tanpa melihat pasport wanita itu terlebih dahulu. ~the rakyat post


Addin:

Agak was-was untuk sebarkan video tersebut di blog ini, adakah ia dibolehkan ataupun tidak. Hukuman yang dikenakan oleh Arab Saudi pun masih ada perbahasan, samada mengikut lunas-lunas undang-undang Islam yang sebenar ataupun tidak.

Harap sesiapa yang arif dalam undang-undang syariah dapat meninggalkan sebarang pandangan di ruangan komen.



Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...