Wednesday, 7 January 2015

Stesen Minyak Bakal Gulung Tikar.. Ikuti Penjelasan Rafizi Ramli


Tindakan kerajaan memansuhkan subsidi bahan api dan memperkenalkan kaedah Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) akan menyebabkan pengusaha stesen minyak gulung tikar, kata PKR, memandangkan pada kadar harga pam sekarang, mereka mengalami kerugian sehingga RM15,000 sehari.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, walaupun kaedah tersebut berjaya menurunkan harga bahan api, ia sebaliknya merugikan pengusaha stesen minyak kerana mereka membeli stok pada harga yang tinggi.

"Di bawah sistem sekarang, pengusaha stesen minyak terdedah kepada kerugian apabila harga minyak turun sedangkan mereka membeli stok petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi," kata Rafizi.

Menurut Rafizi Ramli, ini kerana setiap syarikat minyak dikenakan syarat membeli stok minyak."Syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan BHP menetapkan setiap stesen minyak membeli stok minyak sekurang-kurangnya bersamaan jumlah jualan 3 hari petrol dan diesel pada satu-satu masa.

"Mereka perlu membayar harga stok ini pada harga pasaran, ditolak dengan komisen (12 sen bagi petrol dan 7 sen bagi diesel) yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Stesen Minyak Bakal Gulung Tikar

Hampir 70% stesen minyak di Malaysia dianggarkan bersaiz kecil atau sederhana dengan purata jualan bulanan di bawah 500,000 liter sebulan.

Berdasarkan komisen petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan, pendapatan bulanan setiap stesen minyak ini ialah di antara RM40,000 hingga RM50,000 sebulan.

Setelah ditolak kos seperti utiliti, sewa stesen, caj perkhidmatan dan gaji pekerja, keuntungan bersih stesen minyak hanya sekitar RM5,000 ke RM10,000 sebulan, kata Rafizi.

Stesen minyak menyimpan stok minyak tetapi terpaksa menjualnya kepada pengguna pada harga lebih rendah selepas pengumuman kejatuhan harga petrol minggu lalu.

Stesen minyak menyimpan stok minyak tetapi terpaksa menjualnya kepada pengguna pada harga lebih rendah selepas pengumuman kejatuhan harga petrol minggu lalu.

Menurut Rafizi, pengusaha stesen minyak mengalami kerugian besar selepas Putrajaya menurunkan harga minyak pada 1 Januari lalu disebabkan mereka membeli stok pada harga yang tinggi.

"Bagi 70% stesen minyak di Malaysia, jumlah stok ini sekitar 50,000 hingga 70,000 liter setiap satu masa.

"Oleh itu, bagi stok di hujung bulan Disember, mereka terpaksa membayar sekitar RM100,000 hingga RM150,000 secara tunai, iaitu 50,000 liter x (RM2.26 - RM0.12).

"Apabila harga minyak diturunkan pada 1 Januari 2015, secara automatik mereka kerugian di antara RM10,000 hingga RM15,000 kerana stok minyak yang dibeli pada harga yang lebih tinggi hanya boleh dijual pada harga RM1.91 seliter.

"Oleh itu, dengan serta merta setiap pengusaha minyak rugi 35 sen setiap liter pada 1 Januari 2015," katanya.

Dengan keadaan purata untung bersih yang tidak seberapa itu, Rafizi berkata kemungkinan besar banyak stesen minyak terpaksa ditutup.

"Dalam keadaan purata untung bersih pengusaha stesen minyak dan kerugian serta merta mereka dalam satu hari akibat kerugian inventori seperti itu, bermakna mereka akan menanggung rugi bersih sepanjang bulan.

"Jika ini berterusan, ada risiko banyak pengusaha stesen minyak terpaksa gulung tikar," katanya.

Bagi Rafizi, walaupun PKR menuntut harga minyak rendah kepada rakyat, ia juga mesti adil kepada pengusaha stesen minyak.

"Saya tegas mahukan harga minyak termurah yang adil bagi rakyat. Saya juga mahukan satu sistem harga yang adil kepada pengusaha stesen minyak dan menjamin kestabilan bekalan petrol dan diesel kepada rakyat di seluruh negara," katanya.

Rafizi mengecam tindakan Putrajaya memperkenalkan sistem penetapan harga minyak tersebut yang menurutnya merugikan rakyat dan pengusaha stesen minyak.

"Sistem sekarang yang diputuskan secara tergopoh gapah terbukti merugikan rakyat dan pengusaha stesen minyak," katanya. ~malaysian insider




Iklan B (ii)





3 comments:

  1. Stok utk 3 hari je...rugi sekali...selama ni berkali2 minyak naik..depa dpt utk atas angin x kira? Lgpun kjaan dh bgtau dkt sebulan minyak nk turun awal dec..xkan x plan. Lesson learnt la. Mamat ni pun dua...kjap suruh turun, dh turun komplen. Pastu plak nape skrg baru nk bgtau kesan pd pemilik stesen minyak...awat tk bgtau awal2 sblm turun...kan senang. Ni nk publisiti lbh.

    ReplyDelete
  2. tak apalah dia rugi sesekali sahaja tetapi pengguna minyak sentiasa rugi..

    ReplyDelete
  3. btoi la apa yg rafizi cakap tu...nak kona mana lagi...
    sebenar nya kita rakyat mesia semua golongan dapat akibatnya hasil dari ketidak cekapan pentadbiran yg banyak boros dan tiris..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...