Monday, 19 January 2015

Selepas Digasak, JAWI Buat U Turn?


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dilihat mengambil pendekatan yang lebih lembut terhadap gadis-gadis Melayu bertudung yang dipeluk dan dicium artis K-Pop dalam sebuah konsert sebelum ini dengan mengatakan mereka hanya ingin memberikan nasihat kepada mereka.

Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata, badan penguatkuasaan agama itu akan memfokuskan kepada kaunseling, memberi nasihat dan panduan, dan menambah itu merupakan niat mereka sejak awal lagi.

"Sebenarnya itulah (niat) kami, cumanya kami badan penguatkuasaan, kami terpaksa guna undang-undang. Kita tidak boleh hanya panggil mereka."

Paimuzi memberitahu The Malaysia Insider, sehingga kini, gadis-gadis Melayu tersebut masih belum dikenal pasti dan mereka masih belum tampil untuk bertemu Jawi.

"Kami sudah panggil mereka untuk hadir dan berbincang kes ini bersama, untuk lihat jika mereka perlu sebarang bantuan daripada Jawi."

Beliau berkata, terpulang kepada gadis-gadis tersebut jika mereka mahu meminta nasihat daripada Jawi dan menambah tiada jangka masa yang ditetapkan untuk mengadakan pertemuan tersebut.

"Jika dia sudah dapat nasihat daripada pihak lain, dan dia rasa tidak perlu (nasihat) pihak Jawi, terpulang, kita tidak ada masalah, terpulanglah."

Apabila ditanya mengenai waran tangkap yang akan dikeluarkan terhadap gadis-gadis tersebut sekiranya gagal menghadirkan diri, Paimuzi berkata Jawi tidak boleh memohon waran kerana masih tidak dapat mengenal pasti identiti gadis-gadis tersebut.

Utusan Malaysia minggu lalu melaporkan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan. ~malaysian insider


Berita sebelum ini..

JAWI beri tempoh seminggu remaja fanatik K-pop serah diri
JAWI
KUALA LUMPUR: Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberi tempoh selama seminggu untuk remaja bertudung yang terlibat dalam video kontroversi K-pop untuk menyerah diri. 
Pengarah JAWI Paimuzi Yahya (gambar) berkata waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya remaja berkenaan tidak bekerjasama, seperti yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia. 
Beliau menjelaskan kes tersebut akan dibawa ke mahkamah dan perbicaraan akan diadakan sebelum melaksanakan sebarang hukuman atau denda. 
Beliau menasihatkan remaja berkenaan memberikan keterangan dalam siasatan supaya isu terbabit dapat diselesaikan secepat mungkin. 
Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur konsert K-Pop B1A4 berikutan perlakuan kurang sopan yang terjadi semasa konsert berlangsung. 
Ketua Pengarah Datuk Othman Mustapha berkata perlakuan remaja perempuan Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh ahli kumpulan popular Korea B1A4 Sabtu lepas sangat memalukan rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam di negara ini.

Konsert yang berlangsung baru-baru ini dianjurkan oleh WM Entertainment. - Paparan layar YouTubu. 
Video berdurasi tiga minit dan dua puluh satu saat tersebut yang telah tersebar luas itu menunjukkan beberapa perempuan remaja Melayu bertudung dipeluk oleh artis terbabit. 
Sehubungan dengan itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Twitter telah melabelkan artis Korea terbabit sebagai "bukan lelaki sejati". 
Dianjurkan oleh TGM Event, syarikat berkenaan menjual tiket dengan harga antara RM199 dengan RM799 sebagai bayaran kemasukan dalam sesi bertemu peminat. 
B1A4 merupakan kumpulan muzik dari Korea Selatan di bawah naungan WM Entertainment. Album pertama kumpulan tersebut yang berjudul ‘O.K’ telah diterbitkan pada tahun 2011. 
Kumpulan tersebut terdiri daripada lima orang ahli, Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woon dan Gong Chan Sik. ~astro awani





Addin :

Sebelum ini JAWI  memberi tempoh selama seminggu untuk remaja bertudung yang terlibat dalam video kontroversi K-pop untuk menyerah diri. 

Namun selepas segenap lapisan masyarakat membidas tindakan JAWI itu kerana kenapa pemimpin dan artis yang berkelakuan sebegitu di khalayak ramai tidak dikenakan tindakan yang sama tetapi remaja tersebut pula di kenakan tindakan tegas.

Harap pihak JAWI jangan double standard dalam tindakan beliau, barulah rakyat respek..




Iklan B (ii)








4 comments:

  1. u turn jangan tak,spin lah selagi boleh.msia boleh,jawi lagilah boleh.menteri yang jaga agama mana hilang pun tak tau,mufti harus sana sini dah jadi 'bisu' hahaha donia,donia.tunggu dan lihat sapa yang akan kena,sapa yang akan kena juai.

    ReplyDelete
  2. pandai pula korner baring superbike.

    ReplyDelete
  3. jawi..abih... kes artis gan VVIP ada ke panggil untuk beri kaunseling...kalu tak bukan jawi tetapi jejawi

    ReplyDelete
  4. Boleh tak kita saman JAWI atas tidak mengambil tindakan terhadap Rosmah, para artis, ...
    Minta pencerahan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...