Saturday, 17 January 2015

Sandiwara Sirul Azhar Di Australia Terbarai?


Malaysia mungkin membawa kes Korporal Sirul Azhar Umar ke mahkamah Australia sekiranya negara itu enggan mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas itu ke Malaysia untuk menjalani hukuman gantung sampai mati.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk memutus dan mengeluarkan arahan sama ada Sirul Azhar akan dihantar pulang atau sebaliknya.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebelum mengambil tindakan seterusnya.

"Pada masa ini, kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia masih berusaha berbincang dengan pihak berkuasa Australia untuk mengekstradisi Sirul Azhar," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.

Selasa lalu, tertuduh pertama C/Insp Azilah Hadri, 38, dan tertuduh kedua, Sirul Azhar, 43, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan kerana membunuh model sambilan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu 9 tahun lepas.

Bagaimanapun Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia. Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Akhbar hari ini pula memetik laporan akhbar Sydney Morning Herald kerajaan Australia tidak akan memenuhi permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi kerana ia melibatkan hukuman mati dan Australia merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.



Iklan B (ii)








5 comments:

  1. undang2 ostolia kata tak boleh ekstradisi orang yang kemungkinan akan dihukum mati oleh negara yang meminta. ostolia walaubagaimanapun boleh halau dia kerana rekod jenayah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Australia takkan halau....peluang Australia untuk menekan Malaysia dalam banyak perkara....dan sudah pasti Malaysia akan menurut .....maklumlah ada udang disebalik mee .........orang yang mengarahkan mereka bunuh Altantuya tentu tak senang duduk takut2 mereka mengaku mereka diarahkan oleh sipolan bin sipolan.....

      Delete
  2. Sirul bolih buka cerita sebenar di Australia....tidakkah anda terfikir bahawa pemergian Sirul ke Australia mungkin dirancang olih seseorang yang berkepentingan??? fikirkan diluar kotak ya...

    ReplyDelete
  3. Sirul berada di Australia. Jadi, kita harus mengikut undang-undang negara itu untuk membawa dia balik ke Malaysia.
    Kita harus mengikut dan hormati peraturan negara lain, sebagaimana kita mahu undang-undang kita dihormati.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...