Saturday, 10 January 2015

Rupanya Surat Sokong Tauke Judi Zahid Hamidi Benar.. Ikuti Penjelasan Pegawai Kanan Polis


Rupanya Surat Sokong Tauke Judi Zahid Hamidi Benar. Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebelum ini tidak percaya, kini naik marah, kerana merasakan reputasi pasukan itu tercalar oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengutus surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membersihkan nama seorang ketua judi yang menghadapi dakwaan melanggar undang-undang pertaruhan di Amerika Syarikat.

Mereka kecewa kerana surat Zahid bercanggah dengan kerja perisikan terhadap Paul Phua Wei Seng, yang menurut polis terlibat dalam aktiviti kongsi gelap dan kini menghadapi dakwaan pertaruhan sukan haram di Las Vegas, Nevada, selepas ditangkap ketika Piala Dunia FIFA 2014.

Zahid juga gagal mengikuti prosedur dengan bertindak sendirian dalam mengutus surat itu kepada FBI, dan juga tidak memeriksa fakta mengenai Phua sebelum menghantarnya.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu The Malaysian Insider, sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid sepatutnya mendapatkan nasihat undang-undang sebelum menulis surat itu.

"Apabila isu itu pertama kali dihebohkan, ada pihak yang pada mulanya tidak percaya Zahid bertindak mengetepikan laporan rasmi dari PDRM," kata pegawai itu.

"Kemudian, ketika isu itu semakin berkembang dan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat sidang akhbar, rasa tidak percaya itu bertukar menjadi ketawa dan akhirnya marah.

"Kredibiliti pasukan polis hancur lumat kerana orang ramai mula mempersoalkan kenyataan bercanggah yang datang dari Malaysia berhubung kes Phua," kata seorang pegawai berpangkat tinggi.

Rupanya Surat Sokong Tauke Judi Zahid Hamidi Benar

Salinan surat dan rencana mengenainya mula-mula diterbitkan dalam South China Morning Post.

Dalam surat itu, Zahid bukan sahaja membersihkan nama Phua, tetapi juga berkata beliau terlibat membantu kerajaan dalam projek-projek keselamatan negara. Zahid teruk dikutuk  banyak pihak kerana bertindak secara unilateral dan menyalahgunakan jawatannya.

Isu itu menjadi cukup serius hingga Putrajaya mengarahkan peguam Phua menarik balik surat Zahid dari Mahkamah Daerah Nevada di mana sebelum itu ia dikemukakan sebagai sebahagian pertahanan Phua.

The Malaysian Insider juga difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berjumpa Zahid, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, pegawai polis kanan itu hanya boleh mengesahkan pertemuan antara Najib dan Khalid, tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Terdapat prosedur yang sepatutnya diikuti seperti dinyatakan dengan jelas dalam Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (MACMA)," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pegawai itu berkata tiada prosedur yang membolehkan Zahid menulis terus kepada FBI dan membuatkan suratnya serta-merta diterima di mahkamah.

Tambahan pula, kata pegawai itu, Zahid menulis atas sifatnya sebagai menteri dalam negeri, bukan sebagai seorang individu.

"Terdapat prosedur yang perlu diikuti dalam kes seperti itu kerana mahkamah di luar negara tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan surat itu menjadi sah diterima.

"Tambahan pula, terdapat anggota polis yang mendapati keseluruhan saga itu satu sandiwara kerana Zahid tidak berunding dengan pihak polis sebelum menulis surat itu.

"Reputasi pasukan polis hancur berkecai kerana tindakan Zahid jelas bertentangan dengan laporan polis yang dikemukakan kepada FBI pada 2008."Rupanya Surat Sokong Tauke Judi Zahid Hamidi Benar.

Dakwaan yang Phua ialah ahli sebuah kongsi gelap Hong Kong bernama 14K dibuat berdasarkan dokumen dalaman FBI yang sebelum ini dikemukakan kepada mahkamah, kata polis. ~malaysian insider

Baca laporan asal di sini dan di sini.




Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...