Wednesday, 28 January 2015

Rahsia Sangat Kritikal Zahid Hamidi Bakal Terbongkar


Selepas seminggu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Azmi Khalid berdiam diri mengenai penglibatan mereka dalam Bestinet, PKR mendedahkan seorang lagi individu penting dalam syarikat itu.

Dua wakil rakyat PKR hari ini mendedahkan selain Azmi, seorang lagi pengarah penting Bestinet ialah Datuk Tengku Omar Tengku Bot (gambar) yang merupakan bekas pengarah Jabatan Tenaga Kerja dan mempunyai hubungan rapat dengan Azmi.

"Mereka mempunyai kepentingan bersama dalam syarikat lain seperti Raffles Care. Selain itu, melalui penguasaan sebuah syarikat JR Joint Resources Holding Sdn Bhd, Tengku Omar menguasai lebih 99% syarikat Bestinet.

"Bestinet bukan saja akan mengaut keuntungan besar melalui penguasaan monopoli e-Visa Dengan Rujukan (e-VDR) dan Bio-Metrik, tetapi juga bakal meningkatkan kos pengambilan pekerja asing.

"Apabila penambahan kos ini tidak dipantau, ia akan mendedahkan pekerja asing kepada risiko eksploitasi dan pemerdagangan manusia," kata Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Semambu Lee Chean Chung.

Dua wakil rakyat PKR itu berkata, Zahid Hamidi dan Azmi perlu menjelaskan peranan mereka dalam Bestinet jika tidak mahu maklumat "kritikal" didedahkan.

"PKR sudah memberikan tempoh seminggu kepada Zahid dan Azmi, malangnya, menteri dan bekas menteri sama-sama membisu atas isu tersebut.

"Kami mencabar Zahid Hamidi dan Azmi tampil memberikan penjelasan dalam 24 jam dan jika tidak, kami akan mendedahkan satu maklumat lanjut yang 'sangat kritikal'," katanya.

Mulai 15 Januari, semua pemeriksaan kesihatan pekerja asing di negara sumber dan permohonan VDR tidak boleh diuruskan di kaunter Jabatan Imigresen sebaliknya perlu dilakukan sepenuhnya secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat yang dibangunkan Bestinet.

Semua pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber pekerja asing juga wajib menggunakan sistem Bestinet yang mencetuskan ketegangan dengan agensi tenaga kerja asing.

Pada 21 Januari, PKR mendakwa Kementerian Dalam Negeri menyerahkan kontrak permohonan e-VDR dan pemeriksaan kesihatan pekerja asing yang dilaksanakan atas talian melalui sistem Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS) kepada syarikat RM2 – BestiNet Sdn Bhd.

Salah seorang daripada pengarah pentingnya merupakan bekas pemimpin Umno dan bekas menteri dalam negeri, Azmi.

Ketua penerangan pemuda PKR itu berkata, BestiNet merupakan syarikat bernilai RM2 sehingga 2013 dan tidak pernah menghantar laporan tahunan syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak 2010 sehingga 4 tahun.

Azmi menjawat jawatan menteri dalam negeri sejak 2004 sehingga 2006, dan pernah mempengerusikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sehingga 2013.

PKR juga menuntut penjelasan daripada Zahid, mengapa projek ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat RM2. ~malaysian insider


Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...