Saturday, 24 January 2015

Rahsia Menteri Terbarai Lagi


Setelah Hishamuddin menafikan tulis surat sokongan kepada FBI, kini Syed Hamid Albar pula menafikannya.  Zahid selepas terdedah surat sokongan terhadap Raja Judi, Phua yang dihantar kepada FBI terbongkar. 

Zahid kelihatan cuba menghalalkan tindakan beliau dengan menyatakan perkara ini menjadi amalan menteri-menteri yang lepas. Namun tuduhan beliau telah dinafikan oleh menteri-menteri yang lepas, sudah sampai masanya Zahid berundur..

Saya tidak pernah tulis surat kepada FBI, kata Syed Hamid  
Syed Hamid bagaimanapun berkata, menulis surat kepada kerajaan asing adalah perkara biasa dalam urusan kerajaan, namun beliau tidak pernah menulis kepada mana-mana agensi. 
"Surat kepada kerajaan asing itu perkara biasa, tetapi menulis surat kepada agensi saya tidak pernah buat, saya pembuat dasar. 
"Tetapi menulis surat itu hak sebagai menteri, namun masa zaman saya dahulu mungkin tidak ada kes seperti itu dan saya tidak pernah menulis surat kepada agensi," katanya, ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, beliau juga tidak mengingati sekiranya pernah melakukan tindakan sedemikian. 
"Biasa kami tulis surat kepada  kerajaan luar. Itu hak beliau sebagai menteri, tetapi masa saya, tidak ada tulis surat kepada FBI," katanya lagi, merujuk kepada isu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menulis surat kepada FBI berhubung status raja judi Paul Phua Wei Seng baru-baru ini. 
Zahid pada minggu lalu berkata beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI dan ia pernah dilakukan menteri dalam negeri sebelum ini. 
Bagaimanapun seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan minggu ini tidak pernah menulis surat kepada FBI
Zahid sebelum ini menjelaskan beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI berhubung isu raja judi berkenaan. 
"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu. 
"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya. 
Zahid berkata, surat kepada FBI itu bukanlah urusan di antara dua kerajaan tetapi diminta peguam bela Phua. 
Katanya, mesyuarat Kabinet juga berpuas hati dengan penjelasan yang diberikannya. 
"Peguam dari Amerika Syarikat minta firma guaman mereka di Malaysia, Shafee & Co. Firma itu yang minta pejabat saya menjelaskan," katanya. 
Beliau berkata, bantuan Phua dalam isu keselamatan negara tidak boleh didedahkan kerana ia dilindungi di bawah Akta Rahsia Rahmi 1972. 
Zahid berkata, surat penjelasan status Phua kepada FBI itu bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Phua sebaliknya sebagai satu penjelasan status raja judi itu. 
Katanya, pihak kerajaan tidak akan sama sekali menyokong sebarang tindakan mana-mana individu termasuk Phua yang berkait rapat dengan organisasi jenayah. ~malaysian insider


Iklan B (ii)








1 comment:

  1. Betul ke kerajaan tak sokong mana2 pihak yang terlibat dengan jenayah atau judi?Bagaimana ahlong boleh berleluasa menjalankan perniagaan haram, mengugut dan mevederakan peminjam namun tiada sebarang tindakan pihak berkuasa?iklan ahlong yang menjalankan perniagaan haram boleh dijumpa di mana2 saja termasuk depan balai polis aje.Takkan kuman diseberang laut boleh nampak tapi gajah depan mata tak nampak?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...