Tuesday, 20 January 2015

Rahsia Besar Menteri Ini Bakal Terbongkar..


Sepatutnya menteri yang terlibat digantung tugas atau meletak jawatan. Ini kerana kredibiliti menteri ini telah tercalar.

Sekiranya perkara di luar negara, mungkin dah lama menteri mengundur diri, Contohnya, tragedi feri karam di Korea. Menteri berkaitan meletak jawatan..

Berbeza di Malaysia, tragedi MH370.. tiada seorang menteri pun yang letak jawatan. Malah.. akhirnya CEO MAS yang di tukar.

Terbaru, kes Zahid Hamidi menghantar surat ke FBI telah menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Dilihat penjelasannya kurang menyakinkan. 

Adakah kesudahannya sepertimana kes-kes melibatkan menteri terdahulu, sama-sama kita nantikan.. Ada rahsia besar yang belum terungkai..


Isu surat FBI: Tumpuan kini kepada Zahid
SHAH ALAM - Semua mata kini tertumpu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Penjelasan beliau pada minggu lalu mengenai suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung penahanan warganegara Malaysia yang juga tauke judi, Paul Wei Seng Phua masih tidak diterima banyak pihak. 
Ini kerana elemen 'rahsia besar' berhubung isu itu menyebabkan penjelasan Ahmad Zahid tidak terperinci dan seolah-olah beliau melindungi individu dikaitkan dengan jenayah besar. 
Beliau hanya mampu berkata pertikaian mengenai surat itu telah dijelaskan kepada Kabinet yang menerima baik penjelasan itu. 
Namun bagi komuniti keselamatan seperti polis, kenyataan Ahmad Zahid kepada FBI dalam surat bertarikh 18 Disember itu bahawa Paul Phua banyak membantu kerajaan Malaysia dalam hal berkaitan keselamatan negara bukan sesuatu yang mengejutkan. 
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor berkata, polis mempunyai pelbagai taktik untuk mendapatkan maklumat mengenai kegiatan jenayah termasuk meminta bantuan daripada individu tertentu. 
Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak boleh didedahkan kepada umum demi menjaga keselamatan individu yang memberi kerjasama tersebut. 
“Kita (polis) gunakan cara tersendiri untuk ‘menyusup masuk’ dalam pergerakan kumpulan penjenayah. Namun, apa cara yang digunakan mestilah dirahsiakan. 
“Identiti sumber juga perlu dilindungi agar tidak membahayakan nyawa mereka. Dalam kes Paul Phua, jika benar kerajaan ada guna khidmatnya, kita perlu tutup mulut kerana ini rahsia besar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 
Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan Ahmad Zahid yang memberitahu mengenai kerjasama kerajaan dengan Paul Phua di dalam suratnya, sama ada ditanya oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) atau tidak. 
“Isi kandungan surat itu perlu menumpukan kepada permintaan utama, iaitu memberi penjelasan mengenai kewujudan kumpulan kongsi gelap 14K Triad dan sama ada Paul Phua terlibat dalam kumpulan kongsi gelap itu. 
“Namun, jika ditanya mengenai kerjasama Paul Phua dalam soal keselamatan, soalan itu tidak perlu dijawab kerana bukan urusan AS. Apatah lagi jika tidak ditanya, tiada keperluan untuk Ahmad Zahid dedahkannya,” katanya. 
Menurut beliau, tindakan mendedahkan kerjasama Paul Phua dengan kerajaan juga boleh menimbulkan salah sangka dan pelbagai tanda tanya dalam kalangan masyarakat. 
Dalam pada itu, beliau berkata, Ahmad Zahid juga sebenarnya tidak perlu menulis surat berkenaan memandangkan permohonan hanya dibuat oleh firma guaman, Chesnoff & Schonfeld yang mewakili Paul Phua. 
“Adalah lebih baik jika tidak babitkan menteri. Malah surat itu tidak perlu dijawab oleh mana-mana pegawai kerajaan atau pihak polis. 
“Surat itu lebih sesuai dijawab oleh peguam yang tidak semestinya mewakili menteri kerana ia merupakan permintaan peguam yang mewakili Paul Phua saja,” katanya. 
Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menjelaskan, mendapatkan kerjasama penjenayah untuk mengatasi ancaman jenayah yang lebih berat sememangnya wujud dalam prinsip pasukan keselamatan di mana-mana negara. 
Bagaimanapun katanya, pihak berkuasa kebiasaannya akan mempertimbangkan pendekatan lain terlebih dahulu. 
“Apabila pihak berkuasa berhadapan dilema sama ada patut atau tidak mendapatkan bantuan seorang penjenayah, misalnya raja judi, untuk selesaikan masalah jenayah lain atau masalah keselamatan negara, mereka akan pilih pendekatan yang akan membantu negara. 
“Memang terdapat prinsip set a thief to catch a thief (gunakan pencuri untuk tangkap pencuri) dalam kepolisian. Begitu juga dalam bidang keselamatan negara, kita biasa dapatkan kerjasama penjenayah untuk menghancurkan ancaman yang lebih berat,” katanya. 
Sementara itu, ketika ditanya sama ada keistimewaan diberikan kepada pemberi maklumat pihak berkuasa sesebuah negara jika mereka ditangkap di negara lain, beliau berkata, perkara itu memang berlaku. 
“Pihak berkuasa (negara tersebut) akan merujuk kepada Peguam Negara yang mungkin akan bawa perkara itu kepada Menteri Luar dan Kabinet. Jika mereka yakin pihak berkuasa negara lain itu mengharapkan pertimbangan istimewa, mereka akan menimbangkannya dari segi kepentingan negara. 
“Mereka boleh melepaskan pemberi maklumat itu daripada tuduhan yang sepatutnya atau meringankan tuduhan. Apa yang penting keselamatan negara menjadi keutamaan,” jelasnya.

Baca berita selanjutnya di SINI



Iklan B (ii)








1 comment:

  1. ahli kabinet semua "yes men" ...... bukan ada otok pun nak fikir semua tu ........!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...