Friday, 23 January 2015

Berita Ini Mengejutkan Seluruh Rakyat Malaysia..


Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikritik hebat pengguna laman sosial ekoran tersebarnya video buli bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani ketika berada dalam tahanan polis.

‎Video tersebut memaparkan penyanyi terkenal sekitar era 90-an itu menyanyi dalam keadaan dipercayai di bawah pengaruh dadah dengan tangan bergari.

Ia turut mendapat perhatian bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah ‎apabila menulis dalam laman Twitternya; "Ada di kalangan kita yg suka mengaibkan org lain: saingan politik, remaja, penyanyi..."‎ katanya sebagai reaksi terhadap pendedahan video tersebut.

‎Manakala seorang pengguna Twitter, Mohd Azim memberi komen berkata‎; "trend kelakuan yang sangat menakutkan Datuk. Maaf cakap tetapi sikap ini buat kita lemah dan saling berbalah," katanya menjawab reaksi Saifuddin itu.

Seorang pengguna sosial Twitter @chandran_alex pula berkata;" Bukan sahaja Islam, semua agama tidak membenarkan kita mengaibkan orang lain," katanya.

‎Ekoran tercetusnya kemarahan di kalangan pengguna laman sosial mengenai  penyebaran video itu, satu hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani dilancarkan sebagai tanda bantahan kepada pihak polis. 

Ia bertujuan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar satu kenyataannya hari ini berkata pihak berkuasa akan menyiasat dalang yang merakam dan menyebarkan video tersebut.

‎Pada Rabu, Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine pada jam 12.30 pagi,

Penyanyi itu ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. ~malaysian insider


Polis siasat individu rakam dan sebar klip video penyanyi 
Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang merakam dan menyebarkan klip video seorang penyanyi yang sedang menyanyi dalam keadaan tangan digari ketika dalam tahanan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) dalam laman Twitter rasmi beliau berkata polis akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap orang yang merakam serta muat naik video penyanyi itu menyanyi semasa tangan bergari.

Video berdurasi 1 minit 23 saat itu memaparkan penyanyi lelaki itu sedang menyanyikan sebuah daripada lagu popularnya.

Video itu tersebar di laman sosial Facebook yang turut mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan ia sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah penyanyi terbabit. 
Semalam, penyanyi itu dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat.

Hasil serbuan menemui bungkusan plastik disyaki heroin kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik dan kedua-dua mereka ditahan reman selama empat hari. ~bernama





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...