Tuesday, 13 January 2015

Patutlah Sirul Azhar Tidak Hadir Perbicaraan Kes Altantuya.. Ini Puncanya?


Koperal Sirul Azhar yang didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana membunuh Altantuya Shaariibuu telah menghilang diri dipercayai melarikan diri dan bersembunyi ke luar negara. 

Beliau bersama sama dengan Cif Inpektor Azilah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara. 

Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan waran tangkap keatas Koperal Sirul Azhar menjadikan beliau orang yang paling dikehendaki sekarang ini. 

Kini sudah tiba masanya pihak berwajib terutamanya PDRM mendedahkan identiti sebenar Koperal Sirul Azhar bagi tujuan memohon bantuan orang ramai mengesan dan jejak sehingga tertangkap penjenayah yang paling dikehendaki sekarang ini. 

Selama ini rakyat dan orang ramai masih tertanya-tanya bagaimanakah raut wajah penjenayah ini kerana beliau sentiasa menutup wajahnya apabila hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Cukuplah untuk melindungi wajah penjenayah ini.


Baca artikel di sini.


Mahkamah Persekutuan jatuhkan hukuman mati kepada pembunuh Altantuya
Dua bekas komando polis dijatuhkan hukuman mati hari ini selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006. 
Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan kes Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dengan dakwaan yang membawa hukuman maut itu. 
"Mahkamah Rayuan tersilap dalam mengenepikan keputusan mahkamah sebelum ini dan membebaskan mereka," kata Suriyadi yang merupakan salah seorang daripada panel lima hakim.

Azilah tidak menunjukkan apa-apa perasaan semasa keputusan dibacakan sementara Sirul tidak hadir ke mahkamah hari ini. 
Pasukan pendakwaan yang diketuai Tun Abdul Majid Tun Hamzah memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan permohonan itu diterima. 
Empat tahun sebelum itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaki Mohd Yassin mendapati mereka berdua bersalah dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka. 
Bukti dalam mahkamah mendedahkan yang penterjemah Mongolia itu sama ada dibunuh dengan peledak C4 ataupun dibunuh terlebih dahulu sebelum diledakkan pada 18 Oktober, 2006, di pinggiran luar Shah Alam berdekatan dengan Kuala Lumpur. 
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa memanggil mereka untuk membela diri.
Bagaimanapun, pihak pendakwa tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu.
Sumber


Iklan B (ii)









1 comment:

  1. Biasanya peringkat ni apa berlaku? Hakim jatuhkan hukuman depan tertuduh. Tertuduh menangis/terduduk/terdiam. Keluarga menangis. Semua rasa insaf.

    Ini kes lain skt. Tertuduh ada yg tak hadir. Makin pelik la.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...