Tuesday, 27 January 2015

Patutlah Putrajaya Tak Nak Pilihanraya PBT.. Ini Puncanya


Putrajaya menolak pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana khuatir cukai di kawasan berkenaan akan dinaikkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Putrajaya menolak pelaksanaan pilihan raya PBT itu kerana kerajaan pusat selama ini membantu PBT susulan kewangan mereka yang lemah."Perlu diteliti secara halus, kerana kerajaan pusat banyak bantu PBT, bukan sahaja kerajaan negeri, contohnya belanjawan.

Kalau tiada bantuan kerajaan pusat, untuk makluman, belanjawan PBT banyak yang defisit, kerajaan pusat banyak bantu."Jadi dengan pilihan raya ini, adakah mereka bercadang menjadi 'autonomous'? 

Kalau begitu, kena naikkan cukai."Adakah bermakna, DAP cadang begitu supaya kuasa diberi kepada PBT (supaya) kalau tiada sumber, (boleh) naikkan cukai?" soalnya pada satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata, kecuali dua atau tiga PBT di kawasan bandar yang besar, majoriti PBT tidak mempunyai dana kewangan mencukupi."Yang lainnya boleh dikatakan dalam keadaan defisit. 

Tanpa bantuan kerajaan persekutuan, mungkin mereka terus berada dalam keadaan defisit."Cukai pintu, cukai lesen, apakah DAP cadang kuasa itu diberi kepada kerajaan tempatan?" katanya.

Muhyiddin berkata, Putrajaya tidak bersetuju dengan cadangan yang dibawa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP kerana terdapat beberapa perkara yang tidak jelas berhubung pelaksanaan pilihan raya itu."Bagi kita ini sudah muktamad. Sudah ada sejarah mengapa tidak ada pilihan raya kerajaan tempatan. 

Jadi, atas sebab itu tidak ada debat," katanya."Daripada pihak kerajaan, saya rasa (pilihan raya PBT) tidak sesuai, kerana negara kita paling demokratik," kata Ahli Parlimen Pagoh itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Mengenai Isu Cameron Highlands di Putrajaya, Muhyiddin berkata terdapat banyak perkara yang perlu diteliti dalam melaksanakan pilihan raya berkenaan.

"Bagi saya sebelum hendak buat sesuatu kena fikir masak-masak, dan Kerajaan Pusat rasa tidak patut," katanya, sambil menambah malah dalam Pakatan Rakyat (PR) sendiri, tiada satu persetujuan dicapai.

Baru-baru ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, ekoran perdebatan terbuka di media antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengenai isu hudud.

Hadi mendakwa, jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, ia boleh membawa kepada tercetusnya semula peristiwa 13 Mei, menyebabkan pelbagai pihak menyerang beliau.Muhyiddin berkata, PR perlu mencapai satu kata putus sesama mereka selepas timbulnya perbezaan pendapat antara PAS dan DAP berhubung perkara itu.

"Apatah lagi dengan keputusan terkini mahkamah Pulau Pinang tentang perkara itu, yang dibawa pihak tertentu, sudah diputuskan. Atas sebab itu, tak harus ada satu debat."Dalam PR sendiri ada yang tidak setuju. 

DAP kata begitu, PAS kata begini. Jadi, mereka mungkin perlu selesaikan di peringkat parti, apa pendirian sebenarnya," katanya.

Susulan krisis antara kepimpinan PAS dan DAP, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada para pemimpin PR, rakyat Malaysia sudah muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain sebagaimana berlaku sekarang. ~malaysian insider




Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...