Tuesday, 6 January 2015

Khairuddin Yang Buat Laporan Polis Isu 1MDB Rupanya Seorang Bankrap?


Khairuddin Abu Hassan yang sebelum ini membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dipecat sekiranya benar ahli perniagaan itu kini diisytihar muflis, kata Pemuda Umno Batu Kawan.

Ketuanya, Mohd Hilmie Ibrahim semalam menyerahkan memorandum dan beberapa dokumen daripada Jabatan Insolvensi kepada Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh bagi menyiasat dakwaan itu.

“Kami harap ada siasatan dibuat ke atas perkara ini kerana kita tidak mahu seorang pemimpin yang dipilih sebenarnya sudah muflis tetapi masih memegang jawatan selain lantang mengkritik parti sendiri.

“Dokumen yang diserahkan termasuk salinan surat daripada Jabatan Insolvensi yang menunjukkan beliau muflis, maklumat mengenai 138 syarikat milik Khairuddin dan surat saman polis,” katanya seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Hilmie berkata, jika benar Khairuddin kini diisytihar muflis maka naib ketua Umno Batu Kawan itu perlu dipecat.

Katanya, Perlembagaan parti menetapkan individu yang memegang jawatan dalam Umno tidak boleh diisytihar muflis.

Khairuddin sebelum ini membuat laporan polis terhadap 1MDB serta anak syarikatnya kerana mendakwa ia menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan.

Beliau juga dalam satu temubual bersama sebuah portal berita mendakwa pemimpin Umno Pulau Pinang tidak melakukan kerja sebaliknya hanya ‘tidur’.

Hilmie yang menolak dakwaan itu berkata, Khairuddin cuba bertindak sebagai pemimpin hebat sedangkan beliau sendiri tidak pernah berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Khairuddin pada Ahad mendakwa sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak yang menuduhnya membuat laporan palsu terhadap 1MDB.

Beliau berkata, peguamnya Datuk Seri Rajan Navaratnam sedang meneliti laporan berita tentang kenyataan Hilme terhadapnya dan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada untuk menyaman Hilme.

"Mengatakan yang saya buat laporan palsu adalah kenyataan menghasut. Adakah dia lihat laporan polis yang saya buat, maklumat yang saya beri kepada polis Bukit Aman?

“Adakah dia ada dokumen 1MDB yang boleh menentang kenyataan yang dibuat ramai pihak lain terhadap syarikat itu?

"Siapa dia untuk mempersoalkan laporan polis saya sedangkan polis sendiri belum menyelesaikan siasatan mereka?" katanya di Bukit Mertajam.

Khairuddin mengulas tentang laporan polis terhadapnya pada Jumaat oleh Hilme yang mendakwanya membuat laporan polis palsu. Beliau juga menuduh Khairuddin merosakkan imej 1MDB, bahagian Umno Batu Kawan serta Umno Pulau Pinang.

Sebelum laporan terhadap Khairuddin difailkan, sekumpulan 80 orang daripada pelbagai organisasi bukan kerajaan Melayu Pulau Pinang mengadakan demonstrasi aman di luar ibu pejabat polis Seberang Prai Tengah. ~malaysian insider





Iklan B (ii)






1 comment:

  1. Seorang yg bankrupt tidak bolih menyaman org. Orang bankrupt tidak lagi bolih menjalankan hidup sebagai orang biasa. Semua dikawal selia olih Jabatam Insolvency.

    Jadi kalau si Din ni nak menyaman orang lain, bermakna dia belum diistihar bankrupt lah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...