Monday, 26 January 2015

Kejutan Dari Tuan Guru Nik Aziz?


Diceritakan di dalam tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara Tuan Guru Nik Aziz), bahawa doktor telah memberi taklimat kepada ahli-ahli keluarga terdekat dan telah memaklumkan yang TGNA telah diserang oleh kuman ke paru-paru dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak. 

Doktor meminta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

Menurut doktor yang merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang itu seda, untuk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat baru boleh disuntik.

Sesuatu yang ajaibnya, walaupun setelah Tuan Guru Nik Aziz pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua malam beliau dipengsankan) Tuan Guru Nik Aziz apabila tepat jam 4 pagi akan bangun bertahajjud (amalan yang tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.

Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. 

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya. 

Di dalam keadaan sakit yang sangat kritikal, tapi masih membangunkan hambaNya yang dikasihi untuk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..

Menurut doktor yang merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum daripada ini... 





Iklan B (ii)








3 comments:

  1. Ternyatalah kebenaran bahawa AlQuran adalah penawar bagi segala jenis penyakit. Allahuakbar. Maha suci Allah yang mencipta penyakit dan menyembuhkan penyakit. Semoga TGNA sihat kembali untuk memimpin PAS sebagai Mursyidul Am.

    ReplyDelete
  2. Artikel ini mengatakan TGNA akan bangun pada jam 4.00 pagi untuk sembahyang tahajud dalam keadaan dia pengsan. Amalan solat tahajud ini tidak pernah beliau tinggalkan sejak beliau akil baligh. Jika berita ini benar maka ia mengingatkan kita kepada Sultan Muhammad Al Fateh, salah seorang sultan dalam kerajaan Islam Bani Uthmaniah Turki. Beliau memerintah dari 3.2.1451 hingga 3.5.1481. Sultan Muhammad dikatakan tidak pernah tinggal solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak dari akil baligh. Inilah sultan yang pernah disabdakan oleh Rasulullah pada Mac Tahun 627 Masihi semasa peristiwa perang khandaq/ahzab. Rasulullah berkata satu hari Kota Konstantinapol akan jatuh ketangan tentera Islam yang dipimpin oleh sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera. Sabda Rasulullah ini menjadi kenyataan pada 29.5.1453, iaitu selepas 826 tahun sabda Rasulullah. Cerita penuh kesah sultan yang hebat ini boleh dilayari di blog saya: www.mekmad.blogspot.com. Setelah 534 tahun sultan yang hebat ini mangkat kita masih dapat menatap wajah seorang hamba Allah yang memiliki ciri-ciri keimanan seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. Barangkali inilah rahsia kejayaannya memerintah Negeri Kelantan selama lebih dari 20 tahun. Kejayaan kerana bantuan dari Allah SWT atas faktor keimanan, kezuhudan, ketaqwaannya kepada Allah.

    ReplyDelete
  3. Temberangnya cerita ini...satu lagi cerita yang bakal menyesatkan rakyat PAS...bertaubatlah. Oiiiiii.....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...