Tuesday, 20 January 2015

Isteri Saiful Bukhari Berhenti Kerja Kerana Di Arah Serang Daim

saiful bukhari

Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja daripada stesen televisyen TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan  membuat liputan ke atas PKR dalam menyerang bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dalam tulisan di blognya, Saiful Bukhari mempertikaikan ruang yang diberikan stesen televisyen swasta tersebut kepada pemimpin PKR untuk menyerang bekas menteri Kabinet zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

"Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?" katanya dalam blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Saiful juga menyertakan bersama salinan perbualan WhatsApp mendedahkan isterinya menerima arahan daripada seorang pengarang supaya membuat liputan ke atas pemimpin PKR.

"Di sini saya sertakan bukti arahan 'MUST COVER AND USE' yang diberikan TV3 oleh seorang editor kepada isteri saya, yang datangnya dari big bos Datuk Ashraf Abdullah pada hujung November lepas untuk attack Tun Daim. Ingatkan sekali itu saja, rupanya makin menjadi-jadi," katanya.


Dato' Asraff Abdullah (gambar) juga adalah pengendali blog Jejak Pujangga. Ikuti pendedahan di sini.

Saiful Bukhari berkata, isterinya mengambil Skim Pemisahan Sukarela (MSS) pada Disember tahun lepas, antara puncanya kerana enggan bekerja dengan majikan yang memihak kepada pihak lawan.

"Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan sidang media Shamsul Iskandar Mohd Akin - Ahli Parlimen PKR, untuk tikam tokoh yg beliau sendiri hormati.

"Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walaupun tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip," katanya.

Kebelakangan ini, TV3 dan "cyber troopers" mula menyerang tokoh utama Umno tersebut, membangkitkan isu mengenai skandal bank yang dimilikinya di luar negara.

Penulis blog pro Umno melaporkan yang Daim diserang "cyber troopers" yang berkait dengan Najib kerana mengkritik Putrajaya dalam mengendalikan ekonomi negara.

Daim, serta Dr Mahathir mengkritik hebat pentadbiran Najib dalam menangani ekonomi dan politik negara. ~malaysian insider


Addin:

Mungkin Umno mengambil kesempatan ini untuk menyerang semula Daim. Menggunakan musuh untuk melawan musuh kembali. Mungkin ramai berpendapat, biar Umno bertelagah sesama mereka tanpa masuk campur daripada PKR.

Namun, mungkin juga campurtangan PKR ini memang bertujuan untuk memecah belahkan lagi hubungan sesama mereka, iaitu di antara kem Najib dan kem Mahathir. Jika sesama mereka membuka pekung masing-masing, maka mudahlah kerja-kerja Pakatan Rakyat.

Lihat video dibawah ini, isteri Saiful Bukhari iaitu Nik Suryani Megat Deraman gagal menjawab soalan daripada Anwar..






Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...