Tuesday, 20 January 2015

Gambar Ini Menggerunkan Musuh Islam

Recep Tayyip Erdogan

Presiden Recep Tayyip Erdogan kembali menjadi perbincangan hangat di dunia maya setelah orang no 1 di Turki ini menukar foto pengasas negara Republik Turki, Mustafa Kemal Ataturk di ruang kerjanya.

Dalam posting pejabat berita aljazera Live Mesir dari Turki yang diterbitkan di laman jejaring sosial Facebook pada 10 Januari lalu, Erdogan menukar foto Mustafa Kamal Ataturk dengan gambar Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menakluki Konstantinopel.

Dipetik laman web Eramuslim, banyak pujian yang dilontarkan pengguna media sosial Facebook kepada Erdogan yang dengan berani menukar simbol pengasas Republik Turki tersebut.

Sebelumnya pada hari Isnin (12/01) minggu lalu dalam sambutan lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Erdogan juga menukar baju seragam pengawal istana negara dengan seragam empayar Ottoman. (Aljazera Live Mesir/Ram)

Berikut link gambar tersebut di sini.

(Presiden Erdogan menurunkan gambar Ataturk yang menjatuhkan khilafah Islam dan bukannya menaikkan gambar Sultan Mehmed yang membuka Constantinople)




Iklan B (ii)








7 comments:

  1. Allahuakbar. Semoga Turki kembali semula kepada kecemerlangan Islam semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Wamakaru wamakarullah. Wallahul makirin

    ReplyDelete
  2. apa nak digerunkan? kononnya nak kembalikan kegemilangan ottoman? selagi turki dlm nato, tetap akan jadi barua kapir. tp yg pelik umat islam sangat mudah diperbodohkan. letak aje gambar fatih, terus jadi negara Islam? kibar je bendera kalimat, terus jadi negara Islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Turki dlm NATO maka NATO akan pening... Erdogan pasti akan ketuk kepala anggota NATO secara diplomatik. Berapa banyak 'event' Erdogan memalukan barat.

      Delete
  3. Sebaiknya tak osahlah letak gambar sesiapa. Lebih baik letak hiasan abstrak seperti tumbuhan/bunga atau ke apa ke dari yang menyerupai manusia, haiwan selaras dengan displin kesenian Islam. Karang musuh Islam ambik gambar tu ganti serban dia dengan gambar bom dengan niat mempersenda kan Al-Fateh marah pulak.

    Yang lagi tak betulnya gambar itu di hasilkan oleh pelukis Eropah - orang kafir. Entah ye atau tidak itu rupanye. Rasanye orang Islam tak lukis gambar-gambar cam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu adalah gambar insan yang disebut2 oleh Rasulullah saw iaitu "Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera". Ada rahsia disebalik serban besar itu... itulah kain kapan yang dililit oleh tentera2 Islam ketika itu, perjuangan mereka adalah samada syahid atau hidup dengan kemenangan.

      Pedulikan pendapat musuh, kita wajar berbangga dgn pahlawan kita. Benar atau tidak gambar itu, tak penting, yang penting itu imej yang diikhtiraf barat dan itu jugalah yang berjaya menjatuhkan keangkuhan barat.

      Ingat itu adalah darjah/standard tertinggi seseorang pemimpin menurut Islam yg diikhtiraf Rasulullah saw. Nombor 2 tidak ditentukan... sapa2 pun boleh... jadi tekad diri untuk jadi yang ke 2.

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...