Thursday, 8 January 2015

Cerita Najib Jadi Bahan Ketawa Satu Dunia


Pemuda PKR membidas Datuk Seri Najib Razak ekoran pendedahan portal Bangkok Post yang mendakwa perdana menteri bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Thailand atas urusan peribadi dan bukannya lawatan rasmi.

Timbalan Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung berkata, alasan yang diber‎ikan Najib melawat Thailand kerana mahu berterima kasih atas sumbangan 500 tan beras tidak masuk akal.

"Saya ingin mengingatkan Najib ketika beliau mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri Thailand atas sumbangan 500 tan beras kepada mangsa banjir, kos minyak jet 9M-NAA yang dibenarkan merantau untuk seminggu yang lepas adalah cukup menampung beras sebanyak 247 tan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkan pendedahan tersebut sudah menjadi bahan ketawa dunia, Lee mendesak Najib agar menafikan laporan Bangkok Post itu.

"Alasan Pejabat Perdana Menteri (PMO)  tentang ‘masalah teknikal’ yang dihadapi jet 9M-NAA hingga mengakibatkannya terpaksa singgah di sekitar Amerika adalah sangat aneh.

Cerita Najib Jadi Bahan Ketawa Satu Dunia

"Adakah jet tersebut yang menghadapi masalah teknikal tetapi berkemampuan terbang dari satu tempat ke tempat yang lain?" soalnya.

Sebelum ini Najib dikritik hebat selepas gambar beliau bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tersebar di Internet.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Najib tidak pulang ke Malaysia menggunakan jet rasmi kerajaan yang digunakannya semasa pergi ke sana, sebaliknya menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menimbulkan lagi spekulasi.

Sebelum itu, jet rasmi kerajaan itu dilaporkan berada di AS, London, New York, Dubai dan Bangkok.

Bagaimanapun Bangkok Post melaporkan lawatan Najib bukan atas lawatan rasmi, sebaliknya untuk berehat sempena tahun baru sambil bertemu rakan sejawatnya di negara itu, Jeneral Prayut Chan-o-cha.

Memetik sumber, Bangkok Post melaporkan Najib dan isterinya  Rosmah melawat Thailand pada 2 Januari.

Laporan itu juga menambah, memandangkan lawatan tersebut bersifat peribadi, berita tentangnya tidak disiarkan atas sebab 'protokol'.

"Perdana Menteri Malaysia itu terpaksa menulis tweet yang beliau sedang makan tengahari dengan Prayut, berterima kasih kepada Thailand kerana menderma 500 tan beras untuk mangsa banjir di Malaysia bagi mengelak kritikan," kata sumber itu kepada Bangkok Post.

Pesawat Airbus 319 itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, dilaporkan Isnin lalu mendarat di Lapangan Terbang Subang selepas tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) malam sebelumnya.

PMO dalam satu kenyataan kepada wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, Najib tidak dapat menggunakan jet rasmi kerajaan untuk pulang ke Malaysia pada 27 Disember kerana mengalami 'isu teknikal'.

Mengulas perkara tersebut, Pemuda PKR mendesak PMO mengumumkan senarai penumpang dalam jet 9M-NAA dengan segera bagi menjawab pertanyaan orang ramai tentang siapa sebenarnya yang menggunakan jet tersebut dalam tempoh dua minggu lepas. ~malaysian insider



Iklan B (ii)





1 comment:

  1. rocky the great brown unused dick says: heran aku..asyek kono klepet yo ughang melayu nih, pecayo lak tuh; kesian

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...