Thursday, 15 January 2015

Kejutan Pencarian Pesawat Air Asia QZ8501


Dua lagi mayat mangsa penerbangan QZ8501, Jie Stephanie Gunawan dan Christanto Leoma Hutama dikenal pasti semalam.

Dengan pengesahan identiti mayat wanita dan lelaki itu oleh Pasukan Pengenalpasti Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI), tinggal 12 daripada 50 mayat mangsa yang ditemui belum dikenal pasti.

AirAsia dalam kenyataan terkininya malam ini juga berkata Badan Mencari dan Menyelamat Nasional, Indonesia (Basarnas)  mengenal pasti lokasi badan pesawat AirAsia QZ8501 di kawasan tumpuan utama kedua antara bahagian barat Kalimantan dan Pulau Bangka.

Basarnas berkata penemuan itu didapati menerusi visual yang diperolehi oleh kenderaan kawalan jauh (ROV) milik sebuah kapal mencari dan menyelamat (SAR) yang menunjukkan serpihan utama pesawat QZ8501 selain daripada sayap kanan di dasar Laut Jawa.

"Penyelam daripada pasukan SAR akan dihantar pagi esok untuk operasi mendapatkan kembali serpihan pesawat," kata kenyataan itu. ~bernama




Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...