Thursday, 22 January 2015

Berita Ini Pasti Tidak Mengejutkan Anda


Berita ini pasti tidak mengejutkan anda. Moleklah tu.. blogger Umno, RBF Online sebar berita palsu Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia. Yang bestnya, rujukan berita dari Utusan Online. Blogger yang suka sebar palsu dan pernah di saman dan kali ini terkantoi kerana sebar palsu dari Utusan.

Namun, Utusan nafikan penyebaran berita palsu tersebut. Oleh itu, masyarakat umum boleh menilai kredibiliti mereka dalam menyebarkan berita..

Utusan Online nafi keluarkan berita kematian Nik Aziz 
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Utusan Online menafikan ada mengeluarkan berita mengenai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia seperti didakwa oleh sebuah blog yang kemudian tersebar di media sosial sejak semalam.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Kelantan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dilaporkan sudah sedarkan diri hari ini dan keadaannya semakin stabil.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, ayahnya sudah mampu untuk menunaikan solat subuh pada pagi ini dan tahap kesihatannya semakin baik. 
Semalam, sebuah blog telah mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Nik Aziz dengan memetik sumber daripada Utusan Online. ~utusan

Yang ini bukan berita palsu..


Nik Aziz semakin pulih, kata anak


Anak kepada mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bapanya itu kini beransur pulih dan sudahpun mampu bangun untuk bertegur sapa pagi ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, bapanya itu bagaimanapun masih dalam rawatan rapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.

"Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat Subuh, minum teh O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum.

"Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi," kata MP Pasir Mas itu lagi dalam tulisan di Facebook.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, Nik Abduh (gambar bawah) juga berkata doktor meminta ahli keluarga menderma darah sebagai persediaan.


"Pemeriksaan melalui CT scan juga normal, cuma doktor meminta anggota keluarga yang sihat supaya menderma darah untuk persediaan jika keadaan memerlukan," katanya kepada pemberita di hospital itu hari ini.

Katanya, bapanya turut bertanyakan mengenai tahap kesihatannya sepanjang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neuro itu.

Nik Abdul Aziz, 84 dimasukkan ke unit rawatan tersebut semalam.

Menurutnya Nik Abdul Aziz sudah lama menghidap kanser prostat dan penyakit itu dapat dikawal selepas rawatan berterusan dilakukan.

Beliau berkata pelawat yang mahu menziarahi bapanya akan dibenarkan berbuat demikian oleh pihak hospital dan keluarganya sahaja.

"Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda," katanya.

Malam tadi, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melawat Nik Abdul Aziz.

Nik Abdul Aziz, yang menjadi menteri besar Kelantan sejak 1990, menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013. ~malaysiakini







Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...