Saturday, 17 January 2015

Berita Gembira Dari Selangor Ini Mungkin Disembunyikan Oleh Utusan, Berita, TV3 Dan RTM


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbang untuk menawarkan pekerjaan kepada Mejar Zaidi Ahmad yang dibuang kerja.Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang menawarkan pekerjaan kepada Zaidi, lapor Selangor Kini.

“Kita boleh mempertimbangkan untuk menawarkan pekerjaan kepada beliau,” katanya dalam sidang media di SUK, hari ini. Beliau turut mengalu-alukan hasrat Mejar Zaidi untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Katanya, adalah hak individu dalam sistem demokrasi untuk menyertai mana-mana parti.Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR percaya Mejar Zaidi mempunyai peranan untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini.

Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong terhadap Mejar Zaidi, Isnin lalu.

Panel lima hakim mahkamah, diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan membuat keputusan itu terhadap beliau selepas mendapati bersalah atas dua tuduhan berkaitan isu dakwat kekal semasa PRU13 lalu.


Sumber

Iklan B (ii)








4 comments:

  1. Saya menyokong penuh hasrat kedua2 Kerajaan Pakatan untuk mempertimbangkan pekerjaan kepada Mejar Zaidi. Memang beliau mempunyai kelayakan yang cukup sesuai. Latar belakang militeri, berani, jujur dan tegas adalah aset yang cukup kuat.

    ReplyDelete
  2. ini semua kerja ALLAH TAA'LA.puak2 ini telah mengaibkan dan menafikan haknya.tetapi ALLAH TAA'LA telah membela mejar zaidi dengan memberi RAHMATNYA dengan sekelip mata.bagaimana dengan hakim2 yang mengadili kes tu,adakah semua masuk neraka?ataaih donia mereka terlepas akhirat sudah tentu TIDAK!

    ReplyDelete
  3. Buruk yg baik pilihan kita , pekerja harakah ada yg nak tolong,

    ReplyDelete
  4. Orang spt ini adalah aset kpd ketelusan. Ttp dlm UMNO kebenaran adalah bebanan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...