Saturday, 31 January 2015

Berhati-Hati Pengguna Media Sosial.. Berita Ini Mengejutkan Anda


Berhati-hati pengguna media sosial.. berita ini mengejutkan anda. Akibat menulis tweet mengatakan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 merupakan satu 'konspirasi' dan bukannya kemalangan, seorang pengguna Twitter kini di dalam siasatan pihak polis selepas postingnya dipetik ketua polis yang mengarahkan siasatan dijalankan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam tweetnya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pengguna yang dikenali sebagai 'Fazel' di akaun Twitternya @ollie_mollie.

Khalid, yang menulis tweet di @KBAB51, memuatnaik 'screenshot' tweet Fazel dan memberi arahan: "PCIRC @PDRMsia Sila kesan dan siasat 'Fazel' di bawah ini"

PCIRC ialah singkatan bagi Police Cyber Investigation Response Centre atau Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis.

Dalam 'screenshot' itu, Fazel dilihat menulis tweet membalas mesej Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas MH370.

Fazel mengatakan, "@NajibRazak jib jib..it's not an accident, it's a conspiracy (ia bukan satu kemalangan, ia satu konspirasi)".

Bagaimanapun, akaun Twitter @ollie_mollie itu kini dipadamkan selepas beberapa pengguna Twitter lain mencabarnya memberi bukti wujudnya konspirasi dalam kes MH370 itu.

Pihak polis di akaun @PDRMsia kemudiannya bertindak balas kepada arahan Khalid dengan menjawab: "Tan Sri @KBAB51, tindakan sedang diambil oleh pihak PCIRC".

Khalid akhir-akhir ini menggunakan akaun Twitternya menghebahkan beberapa kes, terutama yang melibatkan Akta Hasutan 1948 dan kritikan terhadap pihak berkuasa.

Beliau juga menggunakan Twitter mengumumkan siasatan atas peguam hak asasi manusia Eric Paulsen kerana menuduh pihak berkuasa agama menyebarkan ekstremisme ketika solat Jumaat.

Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia agar menghargai keharmonian yang wujud di negara ini dan memberi amaran polis akan bertindak ke atas mereka yang mengganggu keamanan dan mengancam keselamatan negara.

Khalid juga menggunakan Twitter meminta tindakan diambil ke atas pengguna media sosial lain yang mengkritik beliau di Internet.

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, tanpa menyebut nama, pernah mengeluarkan pendapat yang polis tidak sepatutnya mendedahkan terlalu banyak mengenai kerja mereka di laman media sosial. ~malaysian insider


Addin:

Kepada pengguna media sosial berhati-hati dengan komen anda.. Tersalah komen nanti ke dalam.. hi..hi.. Inilah Malaysiaku..



Iklan B (ii)









1 comment:

  1. Tak apalah. Aku sabor menunggu pilihanraya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...