Monday, 19 January 2015

Anwar Tolong Kem Najib?


Apa perlu Anwar pula menyerang Daim? Biarkan kem Najib dan kem Mahathir bertelagah.. ianya menjadi satu kelebihan bagi Pakatan Rakyat. Secara tak langsung pertelagahan mereka berkaitan 1MDB adalah kebaikan kepada keseluruhan rakyat.

Rakyat akan tahu kemana dana 1MDB berjumlah RM8.3 bilion di laburkan. Penyertaan Anwar dalam pertelagahan ini akan merencatkan pertelagahan ini.

Biar mereka sendiri merosakkan Umno dari dalam yang sudah sedia rosak, ini menyenangkan tugas Pakatan Rakyat.

Anwar sedia bantu SPRM siasat Daim
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin
Ketua pembangkang itu bagaimanapun mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap profesional ketika menjalankan tugasan itu. 
"Jika mereka tanyakan saya, saya akan bekerjasama, tiada masalah. Itu tanggungjawab saya membantu siasatan. Tapi mereka perlu bersikap profesional," katanya selepas dialog bersama belia Selangor, di Petaling Jaya hari ini. 
Beliau berkata mempunyai "bukti" penyalahgunaan kuasa Daim namun berkata ianya disembunyikan. Anwar tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata SPRM tidak seharusnya hanya menyasarkan kepada siasatan perniagaan perbankan Daim semata-mata. 
Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin. 
Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut berbilion ringgit melalui Bank Africa dan Eropah Timur menggunakan proksi. 
Tiga hari lalu, Daim menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan SPRM, namun menolak campur tangan kumpulan pengkritik. 
Dalam kenyataannya, Daim berkata, beliau yakin SPRM mampu menggalas tanggungjawab itu. 
Daim sebelum ini dilaporkan mempunyai sebuah bank di Tanzania namun menafikan salah guna kuasa. 
Beliau turut dilaporkan pernah disiasat dua kali berhubung perkara itu pada 1999, dan tiada kesalahan yang ditemui. ~malaysian insider

Baca berita berkaitan dibawah...

Dr M: Di mana wang 1MDB?
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak berpuas hati dengan penjelasan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa dana sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman telah diperolehi semula. 
Mahathir berkata, firma yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu perlu menjelaskan bank yang menjadi tempat pelaburan dana tersebut. 
"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita. 
"Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Jumlahnya berbilion dolar; kamu mesti simpannya di mana-mana. 
"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," kata beliau dalam wawancara dengan Sarawak Report yang disiarkan semalam. 
1MDB membuat pengumuman mengenai pemerolehan semula dana tersebut selepas firma tersebut dilaporkan terlepas membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2 bilion (AS$563 juta) yang berakhir pada hujung Disember lalu. 
Kontroversi mengenai 1MDB tercetus bulan ini juga menyebabkan firma tersebut distruktur semula dengan pelantikan seorang ahli perbankan di Abu Dhabi Arul Kanda sebagai presiden. 
Syarikat 1MDB itu, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, menerima kritikan hebat atas pelaburan RM8.3 bilion di di luar negara. ~malaysiakini



Iklan B (ii)








2 comments:

  1. anwar berjuang untuk peribadi kot.tak tahu lah.....

    ReplyDelete
  2. Boleh pula ber Yu Gi. Hukum berubah apabila kena batang hidung sendiri.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...