Friday, 16 January 2015

Pengarah JAWI Terkedu Dengan Berita Ini


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak berkuasa agama yang menjalankan penguatkuasaan terpilih dengan hanya mahu mendakwa anak muda dalam isu berpeluk di konsert K-pop baru-baru ini.

Anwar mempertikai tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang bersungguh-sungguh untuk mendakwa anak muda sehingga mahu memohon waran tangkap jika tidak menyerah diri.

"Saya juga menyarankan agar penguatkuasaan terpilih tidak dilaksanakan Jawi dan badan agama lainnya.

"Jangan gejala berpelukan anak muda berpelukan dikejar, tetapi gejala yang sama kalangan penguasa atasan dan artis tidak ditegur," kata Anwar dalam blognya anwaribrahimblog.com.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata, tindakan mengugut bukan jalan penyelesaian sehingga menimbulkan rasa takut dan kekeliruan.

"Mengasak mereka dengan ugutan hanya mendatangkan resah dan kekeliruan di kalangan mereka.

"Justeru kebijaksanaan dituntut agar mereka didekati dengan pendekatan psikologi yang bijaksana serta berhemah," katanya.

Video anggota kumpulan B1A4 mencium gadis Melayu ketika membuat persembahan di pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail menjadi "viral" di media sosial.‎

Ia mengundang kritikan hebat bukan saja daripada rakyat Malaysia bahkan pemimpin negara tidak kira Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Susulan insiden tersebut, Jawi dalam kenyataannya berkata akan mengambil tindakan dengan menyiasat kes tersebut.

Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata, kes itu yang akan dibawa ke mahkamah dan sekiranya dapati bersalah, gadis Melayu itu perlu menghadiri sesi kaunseling bersama Jawi.

Beliau memberikan tempoh seminggu kepada gadis terbabit untuk menyerahkan diri atau waran tangkap dikeluarkan.

Sementara itu, penganjur program tersebut, TGM Events dalam reaksi mereka menegaskan tidak akan memberi maklumat berkaitan gadis Melayu yang terlibat dalam video tersebut.





Iklan B (ii)








8 comments:

  1. Yg Nuwar ni sibuk pasal apa, sepatutnya dia bagi nasihat kpd mereka org tu supaya jgn buat perkara yg menyalahi Islam.

    Bagi aku serah diri tu bukan bermaksud JAWI nak dakwa dan bermungkinan JAWI nak minta keterangan & bagi nasihat supaya benda-benda macam ini jgn berulang. Kalau benda sebegini tak di tegur ianya akan berulang dilain kali parah.. Macam isu sentuh anjing itu hari kalau didiamkan mungkin akan ada yg berani menganjurkan sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kebencian ada dlm hati..nk paham statement pn xtahu.. Baca bg paham dulu..tau nk hentam je..lol

      Delete
  2. Apa nak terkedunya Addin!!!.... Mungkin JAWI panggil nak bagi nasihat kpd dia org supaya menjaga adat & tatasusila sbg seorg Islam bukannya nak tangkap masuk jel pun.

    ReplyDelete
  3. Ya...Ya...Ya admin

    ReplyDelete
  4. Baca btol2 la bro, bkn Anwar x bagi budak2 tu di soalsiasat, tp dia kata jgn buat buat penguatkuasaan trpilih, org biasa buat silap didakwa tp klu golongan artis atau golongan atas buat, x kena siasat... adil ke mcm tu, bnyk gmbar org atasan buat, bnyk gmbar dlm internet, x kena apa2, adil ke camtu...

    ReplyDelete
  5. soalnya bila orang tertentu / artis berlaga pipi n berpelukan xdiambil pusing

    ReplyDelete
  6. soal nya kenapa tindakan tidak menyeluruh

    ReplyDelete
  7. ...buatlah nak buat apa puuuun

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...