Monday, 19 January 2015

Akibat Tak Sehaluan, Mahathir Bercerai Dengan Perkasa?


Selepas mempertahankan ancaman bakar Bible oleh Perkasa tahun lepas dan menghadiri hampir semua acara dianjurkannya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulan hak Melayu itu membawa haluan masing-masing, kata sumber dalam pertubuhan itu, mengatakan bekas perdana menteri itu tidak senang dengan haluan diambil kumpulan itu.

Sumber yang merupakan pemimpin Perkasa memberitahu The Malaysian Insider, Dr Mahathir tidak gembira dengan cara Perkasa mencetuskan dan menguruskan isu melibatkan sensitiviti kaum, termasuk kontroversi bakar Bible oleh Datuk Ibrahim Ali yang menyebabkan kemarahan komuniti Kristian.

Pemimpin itu juga berkata, Perkasa juga tidak mahu dikaitkan dengan Dr Mahathir walaupun mereka sangat menghormati bekas perdana menteri itu.

"Kami harap jangan kaitkan pandangan Tun M dengan Perkasa dan jangan kaitan tindakan Perkasa dengan Tun M," katanya dengan syarat tidak dinamakan.

"Kedua-dua pihak tiada ikatan apa-apa kecuali kami menghormati Tun M dan kami percaya Tun M menyokong banyak perkara yang Perkasa perjuangkan.”

Kali terakhir Dr Mahathir bertemu dengan Perkasa pada November lepas; bekas presiden Umno itu tidak hadir semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-5 Perkasa pada Disember lepas atas faktor kesihatan.

Bagaimanapun, sumber mengatakan sebab utama Dr Mahathir hadir adalah kerana tidak berpuas hati dengan Perkasa dan sudah meluahkannya semasa pertemuan pada November.

"Dr Mahathir semasa pertemuan dengan Perkasa memberikan teguran yang agak tegas kepada mereka (Perkasa)," kata sumber yang turut berada dalam pertemuan tersebut.

Bagaimanapun pemimpin Perkasa itu mengatakan teguran Dr Mahathir itu merupakan perkara biasa.

"Pastinya mungkin ada juga yang Perkasa buat Tun M (Dr Mahathir) tidak selesa tetapi jarang beliau menegur kami kerana Tun M tahu beliau tiada hak menentukan hala tuju Perkasa.”

Sumber itu turut menafikan Dr Mahathir adalah penaung mereka walaupun bekas perdana menteri itu seringkali menghadiri program dan berpengaruh dalam Perkasa.

"Tun M tidak pernah menjadi patron, penasihat dan mahu pun penaung kepada Perkasa. Yang kami tahu Tun menyokong perjuangan Perkasa sebab itu beliau selalu hadir di program Perkasa," katanya.

"Kami pula melihat Tun M adalah seorang pemimpin yang perlu didengari apa sahaja pandangannya sebab beliau seorang pemimpin hebat yang tiada tolok banding dalam sejarah negara mahu pun dunia Islam sejak beliau menjadi perdana menteri Malaysia ke-4.”

Perkasa ditubuhkan Ibrahim Ali yang merupakan bekas ahli Parlimen Pasir Mas, dua tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008 untuk mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan kesucian agama Islam.

Sepanjang penubuhan, mereka tidak pernah lari daripada kontroversi yang mengundang kritikan dan kecaman banyak pihak kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Semasa awal penubuhannya, Dr Mahathir banyak memainkan peranan dalam menyokong serta menjadikan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan berpengaruh.

Tahun lepas, Dr Mahathir mempertahankan ancaman Ibrahim untuk membakar Bible berbahasa Melayu dan Iban, mengatakan ia bukanlah satu masalah asalkan berniat baik. ~malaysian insider



Lihat video gelagat Perkasa..








Addin :

Semua telah maklum, Perkasa satu pertubuhan yang rasis. Banyak kontroversi dicetuskan oleh Perkasa. Sesiapa yang mendekati pasti menerima aura yang tidak bagus. Mungkin Mahathir melihat kesan daripada lalu menjauhkan diri dari Perkasa. Di zaman sekarang agenda rasis tidak mendapat tempat dalam masyarakat.



Iklan B (ii)









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...