Wednesday, 3 December 2014

Umno Pasti Menggelabah Dengan Pengumuman Azmin Ali Ini..


Selepas beberapa tahun menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan, kerajaan negeri Selangor kini mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlahnya kepada 40 meter padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan pada September 2015.


Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat keputusan.

“Sukacita saya maklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40 meter padu daripada 20 meter padu.

“Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

“Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun depan,” katanya di Dewan Undangan Negeri Selangor semalam, lapor media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

Azmin Ali berkata, Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20 meter padu sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Pemberian air percuma 20 meter padu sebulan yang dimulakan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memberikan banyak manafaat kepada penduduk Selangor ketika semua harga barangan dan kos hidup meningkat di negeri paling maju di Malaysia itu.

Susulan langkah itu, kebanyakan penduduk di Selangor mendapat air percuma setiap bulan atau membayar dengan kadar minima sekitar RM5 sebulan. ~malaysian insider




Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...