Monday, 22 December 2014

Umno Makin Retak.. Khairudin Bakal Saman Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang?


PETALING JAYA : Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendesak Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim menarik balik kenyataannya fitnahnya dan memohon maaf kepadanya secara terbuka dalam masa tujuh hari.

Khairuddin berkata, sekiranya Rafizal tidak berbuat perkara sedemikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Katanya, kenyataan Rafizal yang mendakwa beliau tidak pernah menghadiri program yang melibatkan UMNO bahagian dan negeri merupakan suatu fitnah yang terbesar dilakukan oleh Ketua Pergerakan UMNO negeri itu.

“Sayalah orang yang tinggal di Kuala Lumpur yang rajin balik ke bahagian saya hampir setiap minggu. Saya ingin nasihatkan Rafizal bahawa kenyataan kolotnya sudah tidak relevan lagi di zaman sekarang.

“Kini kita sedang menghadapi dunia yang semakin terbuka dan amat mencabar. Kita mesti berani dikritik dan menerima pandangan rakyat sekiranya kita mahukan UMNO terus disayangi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Free Malaysia Today.

Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Rafizal yang meminta beliau meninggalkan UMNO dan seolah-olah parti itu miliknya.

Khairudin Bakal Saman Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang?

“Rafizal ingat UMNO ini hak beliau?Siapa beliau nak suruh saya tinggalkan UMNO? Hakikatnya Rafizal adalah seorang budak hingusan dan baru di dalam arena politik. Politik beliau adalah politik mengampu pemimpin.

“Teguran saya amat ikhlas demi untuk menjamin agar UMNO terus diterima serta disayangi rakyat seakhir zaman. Ini yang harus jadi pedoman serta asas perjuangan kita,” tegasnya.

Khairuddin berkata, beliau juga telah bersedia terhadap apa jua bentuk tindakan disiplin ke atasnya sekiranya tindakannya melanggar etika parti.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Badan Perhubungan UMNO negeri didesak mengambil tindakan terhadap Khairuddin kerana mengkritik pimpinan UMNO di negeri itu.

Ketua Pergerakan UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, UMNO negeri perlu mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu Khairuddin yang menggunakan portal propembangkang untuk menyerang UMNO negeri dengan pelbagai tohmahan.

Menurutnya, UMNO negeri tidak sepatutnya mengambil sikap tunggu dan lihat kerana tindakan Khairuddin itu secara terang-terangan membawa imej buruk kepada UMNO

Khairuddin baru-baru ini menerusi satu temubual portal Malaysiakini mendakwa pemimpin negeri yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin yang ‘tidur’

Beliau turut mencetuskan kontroversi apabila turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya kerana menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan serta mahu siasatan terperinci dan komprehensif dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah syarikat itu. ~free malaysia today



Iklan B (ii)






1 comment:

  1. Musuh kepada musuh kita ialah kawan kita. huhuhu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...