Wednesday, 24 December 2014

Umno Cukup Menantikan Peluang Keemasan Ini.. Saksikanlah


PAS kini dalam dilema sama ada menyokong pindaan Perlembagaan bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat dan mendapat manafaat daripada pertambahan kerusi di kawasan parti itu bertanding atau kehilangan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurut sumber parti Islam itu, PAS sangat berharap pertambahan kerusi di kawasan Melayu khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dibuat kerana keempat-empat negeri ini tidak mendapat sebarang pertambahan kerusi ketika persempadanan dibuat pada 2003 dahulu.

Bagi PAS, tindakan pada 2003 adalah untuk menyekat perkembangan pengaruh PAS selepas parti itu menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

"Namun kini PAS dalam dilema. Ditelan mati emak, diluah mati bapa," kata seorang pemimpin kanan PAS.Menurutnya, jika PAS bekerjasama dengan Umno menyokong pindaan itu dan bermakna PAS mengkhianati rakan-rakannya dalam PR iaitu PKR dan DAP yang tidak bersetuju persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat oleh Suruhanaya Pilihan Raya (SPR).

Peluang PAS menyokong Umno meluluskan persempadanan itu kini tinggi ekoran hubungan suram dalam PR berhubung isu hudud.

DAP menyifatkan cadangan kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud di negeri itu akan melambatkan PR ke Putrajaya dan sekaligus mengkhianati semangat kerjasama dalam pakatan.

Umno Cukup Menantikan Peluang Keemasan Ini

Pemimpin PAS pula bertegas melaksanakannya dengan alasan ia sudah menjadi usaha PAS sejak sebelum PR terbentuk lagi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pula dilaporkan berkata kertas tahaluf siyasi PAS dengan DAP sudah koyak apabila DAP berterusan menentang hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.

Sementara itu, media melaporkan rancangan SPR mengeluarkan notis dan mempamerkan cadangan awal tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya bulan ini terganggu akibat banjir.

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), pihaknya akan hanya mengumumkan perkara tersebut apabila keadaan bertambah pulih dan teratur.

“Kenyataan media akan dikeluarkan oleh SPR berhubung persempadanan semula itu.

“Banjir yang bertambah buruk di beberapa negeri menjadi salah satu sebab menentukan tarikh notis dan warta persempadanan semula khasnya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan Tanah Melayu (Semenanjung) serta Sabah umum¬nya,” kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Aziz sebelum ini memberitahu, SPR merancang mengeluarkan notis, pewartaan serta mempamerkan cadangan awal tentangnya pada bulan ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu kerja-kerja daripada Jabatan Ukur dan Jabatan Perangkaan untuk membantu membuat peta bahagian pilihan raya baharu berhubung cadangan tersebut.

Enggan mengulas lanjut butirannya, beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan persempadanan itu melibatkan “banyak peta yang perlu dibentuk”.

Kata beliau, kajian menyeluruh akan melibatkan semua negeri termasuk di Sabah dan Sarawak boleh dibuat secara bersama kerana tempoh persempadanan itu melepasi lapan tahun.

Isu persempadanan semula kawasan pilihan raya menjadi kontroversi ekoran kegagalan SPR berbuat demikian lebih 10 tahun lalu iaitu pada 2003.

Mengikut Perlembagaan, SPR boleh membuat persempadanan semula selepas lapan tahun namun sehingga kini ia tidak dibuat yang didakwa kerana Barisan Nasional (BN) yang memerintah tidak mempunyai kuasa 2/3 dalam Parlimen.

Sokongan 2/3 diperlukan untuk meminda Perlembagaan termasuk menambahkan bilangan kepada kerusi Parlimen.

BN khasnya Umno dikatakan sedang memujuk PAS agar bersetuju dengan persempadanan baru ini bagi membolehkan ia diluluskan. ~malaysian insider



Iklan B (ii)






5 comments:

  1. Kalau kertas dah koyak tak pa sokong ja lah persempadanan semula tu nak heboh wat pa lagi.mana tau pas akan menang banyak kerusi pada pru14 nnti.kelua ja bergabung ngan unmo wat tahaluf siyasi ngan unmo tu.habih cerita.Pas sekarangkan 'kuat'tanpa dap dan pkr pun akan bertambah sokongan.kalau berganbung ngan umno dapat la mp pas jadi menteri.otak pemimpin2 pas kan bergeliga bijak macam sang kancil.

    ReplyDelete
  2. Betoi tu.. Aku sokong sgt komen hang. Pemimpin Pas la ni ramai sgt yg bijak pandai pandai dlm bab politik ni hahaha..

    ReplyDelete
  3. yeah...pas power...bargain ngn umno..utk hudud..setuju ngn persempadanan semula..win win situation

    ReplyDelete
  4. Kalau yg dikatakan kawan asyik mencemuh dan melukakan hati lebih baik Pas buat keputusan yang akan menguntungkan islam dan parti. Apa pun Pas buat DAP dan PKR akan menentang dan pandang serong. Jadi kalau bersetuju dengan umno akan menatijahkan hudud terlaksana di Kelantan dan akan berpeluang menambah kerusi orang melayu di parliamen ia bukan satu dosa malah dialu2kan oleh pengundi melayu.

    ReplyDelete
  5. laksanakan dulu hudud di Kelantan, minta umno sokong baru blh bergabung. takpun laksanakan hudud di seluruh Malaysia. baru tahu umno ikhlas tak ikhlas.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...