Friday, 19 December 2014

Terbaru.. Banjir Di Pantai Timur Semakin Buruk


Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini meningkat kepada 7,567 orang berbanding 4,581 orang petang tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 10 malam, kesemua mangsa ditempatkan di 102 pusat pemindahan di lima daerah.

Daerah Hulu Terengganu merekod jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,273 orang daripada 740 keluarga di 31 pusat pemindahan.

Banjir Di Pantai Timur Semakin Buruk

Mangsa di Besut turut meningkat se 2,153 mangsa dipindahkan ke 22 pusat pemindahan, Setiu 1,709 mangsa, Kemaman 864 mangsa dan Dungun 568 mangsa.

Bagi daerah Kuala Terengganu dan Marang, keadaan kembali pulih dan kesemua mangsa mulai pulang ke rumah masing-masing. ~bernama


Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...