Tuesday, 16 December 2014

Setelah Bertahun.. Baru Hari Ini Ahli Parlimen BN Mengaku


Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat. 

Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka.

Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar.

"Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah. 

"Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi. 

"Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN

Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. ~malaysiakini




Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Jelas lagi terang Anwar Ibrahim adalah penyelamat bangsa yang di takuti lahanat lahanat yang menongkat langit.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...