Saturday, 27 December 2014

(Kemaskini) Rupanya Najib Berada Di Sini Ketika Rakyat Hadapi Banjir..


Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.

Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain.

Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti.

Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.

Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini.

Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat  ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.

Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini?

Yang nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim, Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan sama.

Ke manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang? Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu melawat mangsa banjir di Pahang.

Majoriti pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah banjir makin besar. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah.

Soalnya, apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir?

Apakah bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada rakyat?

Sekadar meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin.

Inilah masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama?

Kepada pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian mereka  di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan datang dan tidak lagi bergelar pemimpin. ~shahbudin



Addin:

Sebenarnya Najib, Muhyiddin dan lain-lain berada di mana ketika rakyat hadapi banjir? Kepada pemimpin yang sentiasa membantu rakyat yang menghadapi saat-saat getir di ucapkan syabas.

Biasanya ada liputan berita menyeluruh semasa lawatan mereka di pusat pemindahan dan lokasi banjir. Ini tiada kelihatan kelibat mereka dalam laporan media. Yang ada setakat pemerhatian Addin hanya entri-entri ucapan Najib di page beliau..

Kemaskini- Rupanya najib main golf dengan obama waktu rakyat hadapi banjir.. klik sini.





Iklan B (ii)







40 comments:

  1. tk usah tanya lah..prasaan apa..bgi mereka p mampuih rakyat..aku pedulik apa

    ReplyDelete
  2. Ketika rakyat derita kesulitan menghadapi banjir pemimpin menghilang bercuti keluar negara dgn keluarga dibiaya rakyat. Sungguh perihatin!!!

    ReplyDelete
  3. Anwar dan Azizah bercuti di New Zealand. MP permatang pauh dan ADUN Kajang seronok berbasikal kat oversea tapi malu nak berbasikal melawat kawasan.

    Pemimpin pembangkang tak ada kuasa maka tak perlu jengok . Mana Dr Hatta Ramli MP Kuala Kerai untuk selaraskan bantuan ke kawasan Kuala Kerai di saat Setiusaha MKN sibuk menggerakkan bantuan di Kem Pengkalan Chepa petang tadi ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak betul tu bro... beliau memang dah ada kat sana before banjir lagi... banjir mula dalam 3 hari lepas iaitu start 21 disember... tapi gambar anwar berbasikal kat new zealand tu diupload pada 17 disember.. and beliau sendiri terpaksa batalkan baki2 cuti yang sepatutnya sehingga hujung tahun apabila dapat tahu berita banjir kat negara.. and dah sampai kat malaysia semula by 23 disember.. artikle yang memburukkan anwar tu disebarkan pada 24 disember.. iaitu smalam utk memburuk2 Anwar..

      itu anwar.. dia memang dah ada kat sana time kejadian berlaku and bergegas pulang semasa kejadian.. kes dengan najib la.. memang dah tau negara dalam musibah.. but golfing dengan obama lagi penting..

      Delete
    2. Buat apa sibuk nak cari salah Anwar?? dia bknnya PM pun. Kalau dia ambik berat ke tak ambik berat ke apa bezanya.. duit rakyat tak pegi kt dia kt kerajaan haprak sekrg ni.. Guna duit rakyat utk bercuti.

      Delete
    3. Dr Hatta dah bertungkus lumus bersama pemimpin2 PAS membantu mangsa banjir. Nak nampak macamana Tv dan penerangan tak fokus kepada mereka. Lebih fokus kepada pemimpin-pemimpin UMNO sahaja. Usah bermain politik sempit semasa banjir ni. Allah membalas pahala kepada hamba-hambanya yang ikhlas sahaja.

      Delete
  4. kalau benar Najib dan Muhyiddin bercuti ke luar negara, mereka tu pemimpin tahi...

    ReplyDelete
  5. kesian rakyat Malaysia. orang kaya pi bercuti, rakyat biasa sengsara banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BIARLAH DIA MAIN GOLF KAT SANA. TAK PAYAH BALIK-BALIK.

      Delete
  6. kesian rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  7. apo mu nak sian, nak dapat BR1M, boleh bercuti bersama PM dan TPM, nanti pilih lagi BN dapat lo BR1M, kayo rayo le kita

    ReplyDelete
  8. mana pulak yg pembangkangnya...ada x ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin pembangkangcdan wakil2 rakyat sama ada PR dan BN sibuk bantu mangsa..tapi kerana kekangan kuasa bagi menggerakkan jenterra milik mpusat maka usaha itu amat lemah.....Anonymous 25 December2014 0844 amat cetek pengetahuan pengurusan n egara dan tegar membbabi buta dengan pemerentah....nampaknya...

      Delete
    2. Lor..even najib p men golf, aku rasa sume jentera milik pusat sedang digunakan..tu klu nak ckp pasal penggunaan jentera la..lgpn xd kuasa xbermakna boleh bercuti men basikal kat us..time kempen boleh pulak masuk ceruk2 kg guna bas besar..same cm najib even ada kuasa deploy penggunaan jentera,die xleh goyang kaki..rakyat nk tgk bang non n najib masuk kaki dlm bnjir..bang non n isteri awal2 lg dah p main basikal..

      Delete
    3. ohhh LUPA pulak duit cukai semua bila kerajaan pusat dapat kerajaan pusat bagi kat pihak pembangkang semua... sebab tu pihak pembangkang patut hulurkan bantuan bukan pihak kerajaan.... LOR

      Delete
  9. Lol..da nama pn kerajaan yg memimpin negara,mu tanya mne pembangkang buat pe..duit peruntukan semua bkn kt tngan pemimpin pembangkang..

    ReplyDelete
  10. Anon klu dipihak pembangkang mana ada liputan xperlu publisiti

    ReplyDelete
  11. Korg pasti ke betul semua ni.jgn terlalu cepat percaya.xpasal2 dpt dosa kering.jgn pendek akal sgt..

    ReplyDelete
  12. ada MB klantan turun padang hantar bantuan.alhamdulillah..

    ReplyDelete
  13. Rakyat prlu berdirikari, berinteraksi sesama sendiri dan membina semula ukhuwah. Memang jiran2 banyak kelemahan, namun kelemahan adalah sesuatu yg bolih dibaiki bersama, tampong menampong seperti para sahabah ansor dan yg berhijroh sehingga membangunkan Madinah almunawaroh. Latihlah kesobaran, keikhlasan dan timbangrasa dlm kesempatan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknya kesalahan ejaan. Patutlah keputusan PT3 teruk....

      tampung-menampung; boleh, berdikari, ansar, berhijrah, almunawarah, kesabaran, timbang rasa.....

      Delete
  14. yg ramai tukang komen dalam ni, kau org kat mana pula, dah memberi sumbangan ke lum....tanya saje bagi perangat. Dalam blog ni, apa aja isu, hujung hujung mesti jadi gaduh dalam comments.

    ReplyDelete
  15. mana...mana...mana.....oh mana

    ReplyDelete
  16. Bagus betul anda sbg penyebar provokasi. Rakyat bertelagah..maki hamun..anda terima duit dr pengiklan2 blogger. Makanlah duit tu..puaskan hati dengan melihat kemarahan rakyat. Kerajaan atau pembangkang..kalau namanya pemimpin x de bezanya..siapa nk berenang kat tengah banjir.?rakyat yg mangsa pemimpin2 x de otak. Yg melayu bertelagah..yg cina kaut untung..yg menderita golongan marhae7n. Tunggu aje selangor pula karam. Pembangunan sanan sini yg untungkan kaum cina..melayu terus merempat. Bila rakyat melenting anda jawab "projek ni BN yg mulakan dulu..hahah dh nk masuk 10 tahun pemerintahan jwpn masih lapuk..tp rakyat anda trus menyokong membabi buta.

    ReplyDelete
  17. media mana nk tunjuk muka pemimpin pembangkang bantu mangsa banjir ooittt....faham2 jelaaa....

    ReplyDelete
  18. Adat manusia, ketika senang kutuk sana kutuk sini. Bila dah susah baru nak ingat minta bantu sana bantu sini. Walaupun pemimpin ni tengah bercuti, kerja tetap jalan. Tengah cuti pun, arahan tetap jalan. Pemimpin pemvangkang tak nampak juga ketika ni.

    ReplyDelete
  19. Sekarang ni zaman ramai orang nak bercakap je.......sumbangan apa2 segi hampeh. Berkira x ada masa, tak sempat, sibuklah, jauhlah nak tolong dll alasan. Lepas tu salah menyalahkan orang lain. Cakap je handal......nak tolong...hampeh. Jadi kalau dah tak boleh bantu apa2 tu, tolong duduk kat sejadah doa minta Allah bantu sahabat & saudara yg sedang menghadapi dugaan disana tu. Tu lebih mulia...

    ReplyDelete
  20. cakap la apa pon...selagi dalamberita tak nampak muka pemimpin2 utama malaysia melawat pusatbanjir..tarak aku percaya mereka pemimpin berjiwa rakyat...takde makna pergi oversea main golf ka apa..susah sama dipikul la... Mcm keputusan pt3, aku dok tunggu muhyidinyassin komen kluar tv pasal result pt3 yg sangat teruk..hampeh...

    ReplyDelete
  21. Tajuk tu jgn la niat jahat. Apa letak Najib dan Muhyiddin ? Najib je ke luar negara. Muhyidin ada dlm negara.

    ReplyDelete
  22. Rmai lagi org buta dlm malaysia ni..dh la buta..nk melawan plak tu..dh kira bodoh tahap ape ntah ni..teruknye mlaysia skrang..bukti ade..percaya je laa..siap ade gmba tu..xpercaye bukak sndiri..tngok tarikh

    ReplyDelete
  23. Admin harap baca dulu keseluruhan artikel sblm komen. Fahami maksud yg cuba disampaikan oleh penulis asal artikel ini.. wallahualam

    ReplyDelete
  24. saya nak memberi bantuan beberapa pakaian kering,selimut & makanan dalam Tin.....anda bagaimana ??? masih dengan "text" yang tak habis-.habis

    ReplyDelete
  25. MENTERI KAN RAMAI BUKAN SEORANG.

    ReplyDelete
  26. Bila PM tak ada, sibuk kau cari. Bila dia ada, sibuk kau maki. Tak guna ada ramai menteri tapi tak boleh tolong, apa kau tahu kalau PM kt sana berdoa utk kesejahteraan kau di sini? Fikir la sikit, bukan kau shj yg ada keluarga kat sini, dia juga ada, sebolehnya dia juga nak ada sama sama tolong. Thanks lah blogger melayu yg post article macam ni, laga laga kan rakyat lagi, yg baca, kaum lain tepuk tangan gembira tengok kau berlaga. Sedar sikit, dosa kita dgn Allah boleh taubat nasuha, minta ampun, dosa dgn orang yg kau caci mcmni, yg kau fitnah, kau faham faham lah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka dengan pandangan saudara. Di akhir zaman begini fitnah di sana sini. Jangan semua menuduh melulu pada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang jika kita tidak tahu kedudukan sebenarnyamereka. Jika ramai yang bercerita tentang PM main golf dengan Obama, kita kena faham apa maksud tersirat di sebalik permainan golf tersebut. Mungkin ia ada hubung kait dengan diplomasi dan hubungan antarabangsa antara Malaysia dan US yang sangat tersirat dan sangat mendalam. Mungkin rakyat melenting dan marah di saat PM main golf rakyat menderita namun dalam maksud 'permainan golf diplomasi' tersebut untuk negara Malaysia. Saya tak tahu namun hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa maksudnya. Jadi kesimpulan jangan kita semua buruk sangka di antara sesama kita. Doakan kesejahteraan semua rakyat termasuk pemimpin juga dengan perkara yang baik. Ameen.

      Delete
  27. patutlah banjir di kelantan dan negeri2 sekitar menjadi teruk..ALLAH turunkan bala pada umatnya yang sentiasa mencaci, menghina dan mengfitnah sesama umat ISLAM..kamu bergaduhlah puas2,,nah AKU turunkan hujan yang tiada henti supaya kamu boleh berfikir atas apa yang kamu lakukan..

    ReplyDelete
  28. Allah mmg turunkan bala/musibah pd kelantan,mungkin jg spt anda katakan -dr riya coolidge..krn mereka suka caci mencaci sesama islam..tp ingat,itu krn allah syg rakyat kelantan n minta rakyatnya balik sml pd agama..n jgn ingat negeri kamu x kena bala sbb allah syg kamu,mungkin jg allah sebenarnya dh xnak kisah dah sbb terlalu banyak maksiat...sorry i dont know..mana lah tahu kan...so sama2 kita muhasabah diri..apapun aku sokong,dimanakah menteri kesayangan kita saat bantuan diperlukan...hurmmm...

    ReplyDelete
  29. Apa yang berlaku patutlah kita jadikan teladan supaya lebih berhati2 pada masa hadapan. Bencana banjir bukanlah satu pesta yang seringkali disalah anggap oleh rakyat negeri Kelantan. Bila bencana makin tidak mampu dikawal.. maka kerajaan pusat a.k.a PM menjadi sasaran untuk dipersqlqhkqn. Ini adalah kejadian alam semulajadi.. macammana nak salahkan PM sedangkan mereka ada penyelesaian lain. Untuk PM , bukan satu issue sebab dia ke Hawaii atas urusan rasmi..

    ReplyDelete
  30. Muhasabah diri lah kita sebagai umat islam..
    jangan selalu menyalah kan orang lain.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...