Sunday, 14 December 2014

Rupanya Ini Kerja Bekas Pengerusi SPR Selepas Bersara.. Kesian


Kumpulan Melayu yang bersama-sama penentang dan pengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) adalah kumpulan yang "buta" dan "haprak", kata Naib Presiden Perkasa Tan Sri Abdul Rasyid Abdul Rahman.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, pertubuhan itu juga kini sedang diuji dengan serangan dan tohmahan yang dilakukan kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka."Perkasa sedang diuji, bila ada orang mula serang bermakna ada yang gerun dengan kita, mereka akan akan cari ruang untuk cari apa yang Perkasa perjuangkan.

Saya harap orang yang buta Perkasa ini celik, tidak sepatutnya mereka mengejek dan mencemuh kita. Lebih menyedihkan, ada orang Melayu yang mencemuh kita."Inilah Melayu haprak yang kita perlu ubah pemikiran mereka," katanya berucap merasmikan Persidangan Tahunan Wira Perkasa Malaysia 2014, di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

"Kalau tidak mahu bersama kita tengok sahajalah apa yang kita lakukan," tambahnya.Beliau berkata, Perkasa tidak memusuhi mana-mana kaum dan agama, sebaliknya hanya memperjelaskan kedudukan Melayu dan Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita hanya jalankan aktiviti mempertahankan agama, memperkuatkan kedudukan bangsa. Itu sahaja, tanpa menyentuh hak-hak pihak lain."Kita perlu bersama-sama kaum lain, dan mendapatkan hak yang perlu diperolehi kita semua," kata Rasyid.

Beliau berkata, kepimpinan Umno juga semakin hari semakin "sakit" dan terdapat banyak perubahan perlu dilakukan parti Melayu itu."Saya tidak benci Umno, tetapi orang Umno kena faham, banyak yang perlu diubah.

"Ada pemimpin Pemuda, tapi macam tidak berfungsi, jangan berjalan macam itik, jaga Pemuda itu," katanya, dipercayai merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Rasyid berkata, Perkasa juga tidak pernah berniat mencetuskan ketegangan, sebaliknya parti politik seperti DAP seringkali mencetuskan sentimen sedemikian."DAP adalah satu daripada pihak yang menimbulkan ketegangan."Mereka cuba sekat pengembangan agama Islam," katanya. ~malaysian insider




Iklan B (ii)







5 comments:

  1. Menipu dalam pilihanraya lagi teruk HAPRAK!!!!

    ReplyDelete
  2. Hahaha sudah lah pak shid,dah bersara dekat2lah ngan masjid duk dalm majlis2 ilmu jangan mata ja celik tapi hati buta.Mati x tau bila?bila2 masa Allah boleh ambik nyawa. dah cukupkah amal ibadat.......dah bersediakah untuk bertemu Pencipta kita? Cukup2lah!!! Muhassabah diri sendiri adalah lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Cukup-cukuplah nak pertahankan pertubuhan NGO (PERKASA) samseng ni. Lebih baik kamu, bekas Pengerusi SPR, perbanyakkan ibadah kepada ALLAH daripada menyokong PERKASA samseng ini.
    Lagi satu, macamlah kamu itu bagus sangat dengan menggelar orang melayu yang tak menyokong PERKASA sebagai haprak. Aku rasa kamu itulah yang sebenarnya haprak kerana menipu pilihanraya.

    ReplyDelete
  4. MELAYU akan jadi lebih haprak dan keji kalau hanya memperjuangkan bangsa dan duniawi saja tanpa disulami dengan ketaqwaan. Kerana ketaqwaan itulah yang akan membimbing kita kesatu arah yang diredhai olehNYA.

    ReplyDelete
  5. Dah bersara pun xnak insaf2 gak. Langsung xde rasa bersalah atas apa dia buat selama jd org atas SPR. Jawablah nti kt akhirat kelak.. yg pasti akan masuk tanah jugak satu hari nti..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...