Monday, 1 December 2014

Rupanya Dakwaan Pemimpin Umno Ini Tidak Berasas Langsung.. Ini Buktinya


ALOR SETAR: ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Zakaria (PAS) mendakwa kenyataan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agung Umno; berhubung isu pembakaran cebisan Al-Quran, menyalahi kehendak Islam.

“Isu yang dibangkitkan Mashitah Ibrahim berdasarkan cerita yang tidak dapat dibuktikan. Ia boleh mengundang perpecahan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, tindakan bekas Timbalan Menteri itu lebih disebabkan kecenderungan meraih populariti dengan menimbulkan isu rasis bagi membakar sentimen kebencian terhadap pihak lain.

Akhbar Sinar Harian melaporkan, kenyataan Mohd Nasir itui merujuk kepada kenyatan Mashitah Ibrahim mengenai insiden pembakaran cebisan Al-Quran di berhampiran Pasar Besar Alor Setar minggu lalu.

Sebelum ini beberapa laporan media memetik, Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai berkata siasatan polis mendapati cebisan Al-Quran itu tidak dibakar, sebaliknya dikoyak oleh seorang lelaki tidak siuman dan dia kini ditahan di Wad Psikiatrik, Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. ~free malaysian today



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...