Saturday, 13 December 2014

Rahsia Najib Terbongkar Lagi


Walaupun perdana menteri memberi jaminan demi jaminan bahawa kos penjagaan kesihatan swasta dikecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), taklimat Jabatan Kastam menyatakan sebaliknya, dan memberi amaran bayaran tambahan akan dikenakan ke atas ubat-ubatan dan yuran doktor, kata sebuah badan pengamal perubatan.

Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) yakin kos penjagaan kesihatan swasta meningkat selepas cukai penggunaan berkuatkuasa April depan dan mereka bimbang dengan kenyataan bercanggah antara Datuk Seri Najib Razak dan kastam, yang ditugaskan memungut GST.

Presiden FPMPAM Dr Steven Chow berkata, Najib bukan sekali berjanji, tetapi dua kali, bahawa penjagaan kesihatan awam dan swasta tidak akan terjejas oleh GST.

Pada 10 Oktober 2014, di dalam ucapan Bajet 2015, PM kita telah berkata bahawa ubat-ubatan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEDL) akan berkadar sifar, oleh itu memberi gambaran bahawa mereka yang sakit, yang sudah dibebani dengan penyakit mereka, tidak perlu lagi dibebankan dengan cukai tambahan untuk merawat penyakit mereka,"katanya.

"Walau bagaimanapun, garis panduan dan banyak taklimat oleh pasukan GST Kastam memberitahu cerita yang berbeza dan agak rumit".Beliau mendedahkan bahawa NEDL bukan senarai ubat lengkap untuk rawatan semua penyakit penting dan komplikasi, dan hanya 208 ubat-ubatan berbeza daripada 2,900 item yang disenaraikan.

"Banyak daripada 2,900 barangan dimasukkan berulangan daripada pelbagai persiapan atau jenama yang berbeza daripada ubat-ubatan yang sama," katanya."Jika anda melihat lebih dekat, NEDL jelas tidak direka untuk memenuhi semua penyakit penting dan komplikasi daripada pelbagai disiplin penjagaan utama dan pakar. 

Rawatan khas untuk pelbagai penyakit biasa tidak ada dalam senarai."Dr Chow berkata buat masa ini, semua ubat berdaftar dikecualikan cukai jualan dan perkhidmatan, sambil menambah harga ubat akan meningkat apabila GST dilaksanakan."Ia akan naik lagi apabila kos mentadbir GST dilulus untuk dilaksanakan. 

Malah pesakit di hospital kerajaan, yang memerlukan ubat-ubatan ini, terpaksa membayar lebih."Beliau memberi amaran rawatan menggunakan ubat-ubatan terhad di bawah NEDL akan membawa kepada masalah seperti penurunan produktiviti kerana cuti sakit dan pesakit meningkat,  dan mereka akan memilih tidak menggunakan ubat kerana kos meningkat.

Dr Chow berkata berdasarkan taklimat, hanya perkhidmatan oleh doktor yang bekerja dengan hospital swasta akan dikecualikan daripada GST."Ini adalah satu kesilapan besar. Sebahagian besar doktor, terutama pakar di hospital swasta tidak makan gaji di situ tetapi bekerja sebagai kontraktor bebas.

"Keadaan ini menjadi lebih kompleks dengan pelbagai versi konsep kontraktor bebas di hospital swasta dan kewujudan pelbagai lapisan agensi orang tengah seperti MCO (Organisasi Pengurusan Penjagaan) dan syarikat insurans yang mengumpul dan memproses yuran sebelum hospital akhirnya dibayar dan kemudiannya kepada doktor," katanya.

Beliau berkata dengan banyak peringkat yang terlibat dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan, mengenakan GST ke atas mereka bukan sahaja mahal dan rumit dari segi pentadbiran tetapi menyebabkan kos penjagaan kesihatan meningkat secara menyeluruh.

"Pesakit akan membayar lebih banyak pada tahun hadapan untuk rawatan yang sama. Kesan berganda akan memberi kesan buruk yang besar kepada perbelanjaan negara untuk penjagaan kesihatan," katanya.

Dr Chow, seorang pakar dermatologi, berkata persepsi bahawa pesakit yang memilih untuk penjagaan kesihatan swasta mampu menyerap kenaikan kos GST adalah tidak benar dan menggesa Putrajaya menimbang semula tindakan mengenakan cukai dalam sektor ini.

"Hakikatnya adalah ramai yang beratur panjang dan masa menunggu di hospital awam adalah satu sebab utama mengapa ramai memilih untuk ke klinik atau hospital swasta. Mereka perlu sembuh cepat supaya mereka boleh kembali bekerja dan menjadi lebih produktif.

"Kesihatan adalah hak asasi setiap insan. Tiada seorang pun memilih menjadi sakit dan jika mereka jatuh sakit, cukai tidak sepatutnya dikenakan ke atas keadaan di luar kawalan," katanya.

"Kami berharap kerajaan akan mematuhi ikrar PM dan melaksanakan pengecualian GST yang menyeluruh untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti yang dijanjikan pada bulan Oktober 2013. Amanah rakyat tidak boleh dilanggar. ~malaysian insider



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...