Tuesday, 2 December 2014

Rahsia Khairy Jamaluddin Pula Terbongkar..


PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin gagal dalam meneruskan lakonan sebagai seorang yang sederhana atau liberal.

Beliau berkata, sebaliknya Khairy telah membuktikan kepada dunia bahawa beliau tidak terkecuali daripada keangkuhan dan sikap perkauman yang membelenggu partinya.

Nik Nazmi berpendapat, UMNO dinilai daripada kenyataan dan tindakan terkini pemimpin seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Khairy Jamaluddin yang cenderung melakukan sebaliknya.

“Mereka kelihatan mahu melihat rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu, terus takut berbanding semakin yakin dan berfikiran terbuka.

“Mereka lebih rela berlakunya perpecahan di kalangan pelbagai kelompok dalam masyarakat berbanding perpaduan dan kebersamaan,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Nik Nazmi yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor berkata, ketika memungkiri janji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, mereka jelas menunjukkan rasa tidak percaya bahawa orang ramai boleh berfikir dan menjaga diri sendiri.

“Era ‘kerajaan tahu segalanya’ masih berlangsung dan meluas di Malaysia pada hari ini, di mana janji-janji perubahan dan transformasi tidak lebih daripada sekadar omong-omong kosong.

“Tidak ada salahnya sebagaimana juga disebut oleh ramai pemimpin UMNO apabila mana-mana pihak bercakap mengenai masalah dan keperluan masyarakat Melayu. Namun, adalah salah untuk membingkaikan isu-isu yang ada dalam konteks ‘kita lawan mereka’” katanya.

Beliau mendakwa, tindakan segelintir pemimpin UMNO yang mendakwa masalah berkaitan sosio-ekonomi, politik atau agama yang melanda masyarakat Melayu pada hari ini sebagai kesalahan yang berpunca daripada masyarakat bukan Melayu adalah cukup berbahaya dan sangat tidak bertanggungjawab.

“Pada akhirnya, kita yang harus bertanggungjawab terhadap nasib diri sendiri,” ujarnya. ~free malaysia today




Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...