Friday, 5 December 2014

Punca Kekecohan Tukar Nama 8 Jalan Utama Di Kuala Lumpur Tersebar


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor perlu merafak sembah memohon ampun kepada Majlis Raja-raja atas keterlanjuran timbalannya mengaitkan keputusan penukaran nama jalan baru-baru ini kepada para Raja-Raja Melayu.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen DAP dari Segambut, Lim Lip Eng ekoran isu penukaran nama beberapa jalan di ibu negara.

Bukan itu sahaja, katanya, Tengku Adnan juga mesti memohon maaf kepada orang ramai kerana telah menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang hati mereka yang mungkin telah terarah ke pihak Majlis Raja-raja akibat kecuaian pihak kementerian yang diketuai Tengku Adnan dan juga pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Saya juga ingin menyarankan supaya Tengku Adnan dan seluruh kementeriannya kembali belajar dan membaca kitab Sejarah Melayu, berikutan kenyataannya hari ini yang mendakwa nama-nama jalan diubah kerana tidak mempunyai erti," katanya.

Menurut pekeliling dikeluarkan DBKL 25 November lepas, 8 jalan utama di Kuala Lumpur akan diberi nama baharu sempena Yang di-Pertuan Agong terdahulu. Ia adalah:
  • Jalan Duta kepada Jalan Tunku Abdul Halim
  • Jalan Khidmat Usaha kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
  • Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut ke persimpangan Jalan Pahang) kepada Jalan Sultan Azlan Shah
  • Persiaran Duta kepada Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
  • Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah kepada Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Lebuhraya Mahameru kepada Lebuhraya Sultan Iskandar
  • Persiaran Mahameru kepada Persiaran Tuanku Ja’afar
  • Jalan Semarak kepada Jalan Sultan Yahya Petra.

Majlis Raja-raja mengesahkan keputusan tersebut bukan berpunca daripada permintaannya. Malah ia tidak pernah dibincangkan di peringkat tersebut.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Balan Mohan telah mengaitkan keputusan penukaran nama ini kepada para Raja-Raja Melayu, namun beliau tidak pula meminta maaf kepada Majlis Raja-raja.

Bagi Lim, tindakan beliau boleh membangkitkan kemurkaan Majlis Raja-raja lantaran dituduh bertanggungjawab dalam hal yang begitu remeh tanpa usul periksa.

Lim juga kesal dengan sikap lupa sejarah Tengku Adnan tentang nama-nama jalan di negara ini.

"Jalan Mahameru? Apa (makna) mahameru? Orang Asli Mahmeri saya tahulah. Jalan Mahameru, tak tahu apa bendanya,” kata Tengku Adnan sebagaimana dilaporkan media.

"Saya tidak percaya ada menteri yang tidak rajin membaca seperti ini," kata Lim. ~malaysian insider




Iklan B (ii)







2 comments:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...