Tuesday, 2 December 2014

Pensyarah Kontroversi Buat Onar Lagi?


Pemimpin bukan Melayu menjadikan Barisan Nasional (BN) dan PKR sebagai platform untuk terus berkuasa dalam arena politik tanah air, kata Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Pensyarah kontroversi itu berkata PKR digunakan pemimpin bukan Melayu untuk menerajui kepimpinan negeri manakala parti komponen menggunakan BN untuk kekal berkuasa di Semenanjung Malaysia.

"Seperti Barisan Nasional (BN), bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dalam negeri yang ditawan.

“Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu,” katanya menerusi rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Ridhuan Tee berkata PKR juga tidak akan mampu bertahan lama dalam arena politik tanah air jika presiden parti itu diterajui pemimpin bukan Melayu.

“Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur," katanya.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu turut mempersoalkan tindakan sesetengah orang Melayu yang sanggup memberikan undi kepada DAP walaupun jelas parti itu meminggirkan mereka.

“DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya,” katanya. ~malaysian insider




Iklan B (ii)







7 comments:

  1. boleh terima jugak kenyataan pensyarah ni, tengok aje keadaan diSelangor sekarang, DAP sudah mula menuntut jawatan Timb Speaker pula dgn mengungkit bilangan kerusi dan jumlah Exco yg dipunyai oleh DAP dan PKR. Kita sama-sama tunggu bagaimana MB Selangor dapat menyelesaikanya.

    ReplyDelete
  2. Kena faham maksud dia tu...sebab dia pun bukan MELAYU...

    ReplyDelete
  3. walaupun saya bukan peminat redhuan tee tapi betul katanya...dulu masa barisan banyak kerkuasa....banyak keuntungan kepada bukan mellayu...sekarang bila barisan tidak popular di kalangan bukan melayu...mereka masih untung walau berada dalam pakatan...lihatlah betapa hebatnya dap sekarang

    ReplyDelete
  4. Ada kebenaran apa yg dikatakan sbb dia cina yg faham kehendak org cina...

    ReplyDelete
  5. Tak salah komen dia tu sebab darah yang mengalir dalam diri dia masih berdarah cina cumanya dia bukan lagi cina yang makan daging khinzir itulah kelebihan yang ada dalam diri seorang yang berketurunan cina mereka boleh menilai perangai orang melayu yang kaki ampu dan bodek,dan dia pun sedikit sebanyak telah mula nak ikut cara melayu cari makan untuk naik keatas dan kaut kekayaan melalui politik.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju.. sepatutnya Kerajaan pecahkan orang cina kepada kategori yg lebih kecil sepert Hokkien, Foo Chow, Tiong Hua, Teochew.. supaya peratusan mereka makin mengecil.. Hilangkan juga istilah Melayu, jadikan sebagai Bumiputera termasuk org asli bumi putera sabah & Sarawak dalam satu unit supaya peratusan org bumiputera semakin besar..

    ReplyDelete
  7. mempertahankan kuasa melayu bukan bermakna membiar penyelewengan parti melayu.

    penyelewengan itulah punca kehancuran dan kejatuhan pemerintahan melayu, bukan semata2 kerana kekuatan kuasa bukan melayu.

    apa guna pemerintah melayu tp hasil pemerintahan dikuasai bukan melayu.

    kerana itu institusi raja, keselamatan amat penting diterajui mereka yg berintegriti. kerana tanpa integriti, mereka tk lebih dpd boneka dan alat kepada org lain.

    pemimpin melayu yg tidak amanah tp bercakap memperjuangkan melayu, umpama org yg minum air beracun setelah mengetahui bahayanya.

    reduan sepatutnya mendekati org cina kerana perbezaan bangsa tidak akan ada akhirnya. hanya iman yg blh memecahkan chauvenism. lihatlah bagaimana reduan lebih condong kpd melayu. ini kerana beliau diberi hidayah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...