Friday, 19 December 2014

Pemimpin BN Mengakui Pemimpin Pakatan Rakyat Terbaik.. Ini Buktinya


Beliau mendakwa masih terdapat ramai pemimpin BN yang enggan menghadiri majlis antara kaum walaupun diundang. "Apa guna jadi pemimpin kalau tak mahu campur dengan rakyat dari kaum lain? Sepatutnya datanglah bergaul tanpa mengira bangsa dan agama.

"Kalau ada kenduri kahwin yang diundang, datanglah jenguk muka walaupun sebentar. Begitu juga dengan kematian, tak perlulah beri alasan hanya kerana perbezaan agama," katanya kepada MalaysiaGazette.

Kata Paniselva (gambar), sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin BN amat ketara bezanya dengan pemimpin dari parti pembangkang.

"Mereka boleh datang ke rumah siapa sahaja jika ada kematian. Mereka bantu walaupun tidak diminta baik dari segi kewangan mahupun tenaga.

"Memang pemimpin pembangkang sering dihalang untuk bersama rakyat di kawasan tertentu tetapi mereka tidak pernah lupa untuk menghulur bantuan dan datang menjenguk rakyat dalam keadaan apa sekali pun.

"Contoh paling baik di sekolah India yang mana pernah terjadi pemimpin Pakatan Rakyat tidak dibenarkan masuk untuk bertemu guru tetapi mereka tetap membantu  sehingga kami sendiri malu,” ujarnya.

Jelasnya, pembangkang memang tidak ada kuasa untuk meluluskan projek rakyat yang berkait dengan kerajaan tetapi mereka ad acara untuk membantu.

"Saya sendiri sudah bertahun-tahun minta kelulusan untuk satu projek sekolah dan sudah pun diluluskan oleh Perdana Menteri namun sampai sekarang masih tidak selesai.

"Banyak sangat halangannya dan akhirnya saya malas untuk meneruskan projek tersebut. Apapun, saya tetap kagum dengan cara pergaulan pemimpin  Pakatan Rakyat yang sewajarnya menjadi ikutan pemimpin BN," tegasnya.

Tambah Paniselva, pendekatan pemimpin pembangkang dengan rakyat tidak mustahil akan menarik penyokong BN atau atas pagar menyokong mereka jika pemimpin BN mengambil mudah tentang perkara seperti ini. ~malaysia gazzette



Iklan B (ii)






1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...