Friday, 5 December 2014

Patutlah Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran 'Dato' Seri' Anwar Ibrahim.. Ini Punca Sebenar


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran ketua pembangkang yang membawa gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ibrahim kerana sering mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor hari ini, penarikan Darjah Kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.SA) yang dikurniakan kepada ketua umum PKR sejak 1992 itu berkuatkuasa pada 3 November.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor memutuskan Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014, selaras dengan kuasa baginda sebagai sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran sepertimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar Ibrahim itu berikutan beliau "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini".

Menurut kenyataan itu, Sultan Selangor membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa Sultan untuk memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan Anwar tidak layak lagi memegang apa-apa anugerah.

Walaupun ditarik oleh Selangor, Anwar Ibrahim mempunyai sekurang-kurangnya 3 lagi anugerah yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang diterimanya pada 1999.

Antaranya Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) dari Negeri Sembilan, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) dari Pulau Pinang (membawa gelaran Datuk Seri Utama ) dan Sabah - Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) (membawa gelaran Datuk Seri Panglima). 

"Penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir 2013 ini yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor dan institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar Selangor pada tahun ini dan hal berkaitan isu agama Islam di mana dimaklumi umum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai ketua agama seperti mana termaktub mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

"Tindakan dan perlakuan beliau ini adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran ini lagi," kata kenyataan itu.

Kemelut menteri besar di Selangor bermula apabila PKR memulakan Langkah Kajang, yang menyaksikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kemudiannya disusuli pilihan raya kecil dan dimenangi isteri Anwar, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Susulan keputusan itu, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) bersetuju untuk menggantikan Dr Wan Azizah dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

PAS bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan itu sekali gus menyaksikan berlaku pergeseran antara parti komponen PR itu sehingga kini.

Keengganan Khalid untuk melepaskan jawatan menyaksikan beliau dipecat PKR sekali gus menjadikan dirinya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tunggal daripada blok Bebas.

Sultan Selangor kemudiannya berkenan melantik Adun Bukit Antarabangsa, yang juga timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar, selepas menolak pencalonan daripada DAP dan PKR yang hanya menghantar nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menggantikan Khalid. ~malaysian insider



Iklan B (ii)







6 comments:

  1. terpulanglah pada engkau. Ade Aku Kisah?

    ReplyDelete
  2. Oiii...dia ada 7 lagi gelaran "Datuk Seri" dan 1 lagi "Datuk" la....
    Susah wooo mau buang 7 sekali gus....

    ReplyDelete
  3. Saya sokong ketegasan Tuanku Sultan Selangor dalam hal Anwar Ibrahim. Tetapi tidak bagitu tegas dalam hal2 yang melibatkan isu2 penghinaan orang asing terhadap orang islam. Kini semakin ramai 'orang2 asing' sewenang2nya menghina bangsa melayu dan agama islam. Harap Tuanku janganlah buat tak kesah.

    ReplyDelete
  4. Ketua agama, selalunya/ lazimnya mengikut syarak dlm membuat keputusan........????

    ReplyDelete
  5. Isu ini mengingatkan aku satu perkara iaitu suatu ketika dulu seorang Sultan telah mengatakan bahawa dia "above politic" yang bermaksud tidak menyebelahi mana-mana parti tetapi nampak gayanya Sultan Selangor ini bukanlah "above politic" tetapi sudah berpihak iaitu kepada UMNO termasuk orang-orang istananya. Kita boleh lihat daripada kenyataan orang-orang istananya sebelum ini.

    Gelaran Doktor ke, Profesor ke, Datuk Seri ke, Tan Sri ke, Tun ke atau Sultan sekalipun, tidak akan dapat menyelamatkan orang yang memiliki gelaran itu daripada azab NERAKA ALLAH. Yang dapat menyelamatkan seseorang itu daripada neraka Allah hanyalah amalan baik kamu di dunia seperti solat dan sebagainya.

    Di Akhirat kelak, Allah hanya akan panggil seseorang itu dengan nama sahaja contohnya Wahai Mahathir bukannya Wahai Tun Mahathir atau Wahai Anwar bukannya Wahai Datuk Seri Anwar.
    Jadi jika begitu, tidak ada apa yang istimewanya pada gelaran yang manusia cipta.

    Lagi satu, gelaran yang diberikan oleh Sultan bukanlah semuanya tepat. Jika tepat, takkanlah orang yang meniaga judi pun boleh dapat gelaran TAN SRI.

    Sebenarnya bagi orang yang beriman, dia tidak hairan pun dengan gelaran dunia. Apa yang penting ILMU yang dicari itu benar, dapat dipelajari dan diamalkan.

    Pada aku, gelaran yang hebat ialah gelaran yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia seperti Rasul, Nabi, Wali dan sebagainya. Manakala gelaran yang diberikan oleh manusia kepada manusia seperti Datuk Seri dan sebagainya adalah sementara sahaja.

    Oleh itu, kredibiliti Anwarlah yang menyebabkan dia dihormati dan dipandang tinggi, bukannya gelaran yang dimiliki.

    Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  6. Saya sokong. Gelaran paling hebat kat syurga kalau x silap ialah abdullah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...