Tuesday, 16 December 2014

Menteri Pertanian Dakwa Cadangan Lesen Memancing Tidak Masuk Akal


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob melalui laman Facebooknya telah mengarahkan, cadangan peraturan untuk mewajibkan pemancing mengambil lesen memancing pada tahun 2015 ditarik balik serta merta. 

Ini bagi menjawab pelbagai pertanyaan yang diposkan di laman facebook miliknya. Beliau memberitahu tidak mengetahui tentang peraturan ini di peringkat kementeriannya dan itu adalah cadangan dari  Jabatan Perikanan. 


Beliau turut menyifatkan cadangan ini sebagai tidak masuk akal dan perlu dibatalkan serta merta. Beliau mengakui perkara ini telah dicadangkan dari Jabatan Perikanan tetapi tidak pernah dibincang diperingkat kementerian. 

Dengan kenyataan dari menteri yang bertanggung jawab dengan Jabatan Perikanan ini nampaknya undang-undang lesen memancing yang tersebar sebelum ini akan dibatalkan serta merta.



Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...