Thursday, 4 December 2014

Menjelang 2015.. Berita Ini Mengejutkan Seluruh Rakyat


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menjangkakan Malaysia bakal berdepan dengan 'darurat ekonomi' pada tahun hadapan berikutan berlakunya penyusutan nilai matawang ringgit, penurunan harga minyak serta peningkatan inflasi.

Menurut beliau, keadaan cukup membimbangkan apabila nilai mata wang ringgit terus menjunam pada kadar RM3.43 untuk USD1 dan RM2.63 bagi satu Singapore Dollar (SGD1).

"Penurunan ini amat tinggi yang kita alami sejak 1997 ataupun 1998, pada waktu yang sama berlaku penurunan harga minyak kepada USD70 satu tong.

"Ini semua akan meningkatkan kadar inflasi dan sekaligus bajet 2015 akan menyusut lebih kurang 30 peratus," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bimbang apabila negara sedang menuju kepada darurat ekonomi, walaupun kerajaan menjangkakan ia boleh ditampung melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Petronas sendiri sudah meramalkan dan umum sumbangan Petronas akan menyusut sebanyak RM25 bilion dalam bentuk cukai mahupun royalti," ujarnya.

Beliau menambah, ia satu jumlah yang besar, kebergantungan kerajaan dari hasil minyak dan gas akan tergugat.

"Jika kerajaan berharap GST dapat menampung kelompangan tersebut tetapi dalam keadaan ekonomi sedemikian rakyat akan lebih berhemah dalam berbelanja.

"Bila berbelanja dengan berhemah ini bermakna cukai GST yang disasarkan kepada RM23 bilion itu tidak akan tercapai," katanya lagi.

Beliau turut berharap dalam keadaan kritikal itu, kerajaan perlu melantik segera seorang Menteri Kewangan sepenuh masa bagi memberi tumpuan khusus kepada 'darurat ekonomi' yang bakal berlaku. ~harakahdaily



Iklan B (ii)






1 comment:

  1. rocky the great brown unused dick says: elok jugak laa kalo dapat jadi macam pasca 1996 dulu. Sebab? Itu je cara nak ajar peniaga2 di Malaysia yang terlalu tamak kurang ajar kaki semelih & fasiq: sebab? bila aliran ekuiti keluar Negara, kecairan tunai terhalang, ramai manusia kena buang kerja, mase tu la banyak harga barang turun terutama hartanah. Padan muka! Satu sudut, memang ujian Allah swt, disudut lain, mungkin sebagai kafarah atas umat Malaysia yang masih tak sedar2 & kafarah untuk ahli2 politik dan pemimpin/pentadbir Negara dan satu sudut juga sebagai menjawab doa2 umat yang teraniaya dari segi himpitan ekonomi akibat kezaliman dasar pentadbiran dan sikap peniaga... takkan hari2 panas beb, kat gurun pon ade hujan sekali sekala

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...