Thursday, 18 December 2014

MB Pahang Saman Utusan.. Punca Sebenar Didedahkan


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung artikel "Hebat Sangatkah Adnan" yang disiarkan pada November lepas.

Adnan memfailkan saman tersebut pada 5 Disember lepas melalui Tetuan Americk Sidhu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Writ saman diperoleh pihak media hari ini dan Hakim Yeoh Swee Siam telah menetapkan 6 Januari ini untuk pengurusan kes.

Menerusi penyata tuntutan, Adnan mendakwa pada 9 November lepas, Utusan (defendan) telah menerbitkan artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan" dalam 'Mingguan Malaysia' di bawah ruangan "Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat".

Dakwa beliau isi kandungan artikel tersebut telah memfitnah, keterlaluan dan tidak berasas seolah-olah membawa maksud beliau tidak berurusan sebagai MB Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura.

"Artikel fitnah itu membawa maksud plaintif (Adnan) adalah tidak sesuai untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang kerana plaintif tidak dapat menerima kritikan dan mempunyai kecenderungan untuk memaparkan keangkuhan dan kelancangan beliau.

MB Pahang Saman Utusan

"Plaintif juga digambarkan mengabaikan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat," katanya di dalam penyata tuntutan itu.

Tambah Adnan akibat artikel itu, reputasi dan nama baiknya telah terjejas dan membawa kebencian di kalangan orang awam.

Menurut Adnan Yaakob, pihaknya telah membuat tuntutan supaya defendan menyiarkan permohonan maaf dan pampasan yang sesuai, namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan serta permohonan maaf dalam cara dan bentuk yang diluluskan olehnya.

Permohonan maaf itu perlu disiarkan pada muka surat depan akhbar defendan dan Adnan juga menuntut suatu aku janji oleh defendan bahawa mereka tidak akan menyiarkan perkara-perkara fitnah terhadapnya pada masa hadapan. Turut dituntut adalah faedah dan kos. ~bernama



Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...