Saturday, 20 December 2014

Mahathir Serang Najib Lagi.. Saksikanlah


Kerajaan melakukan kesalahan besar dengan memberikan bantuan wang tunai secara "one-off" kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk membantu mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, beliau pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program berkenaan dengan mengatakan ia adalah langkah yang silap, namun Najib masih berdegil dan meneruskan pemberian wang tunai itu.

"Daripada kita memberikan wang tunai, lebih baik kita berikan latihan dan kemahiran. Saya sudah kata kepada Najib tetapi beliau percaya 'duit itu raja' dan boleh mendapatkan sokongan," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas perdana menteri yang pernah bekhidmat selama 22 tahun itu berkata, di bawah Dasar Ekonomi Baru, komuniti Melayu diberikan tempoh 20 tahun untuk mencapai status 30% pegangan ekonomi Bumiputera, namun gagal.

"Tempohnya dilanjutkan namun tetapi kita masih gagal mencapai sasaran," katanya.Komuniti Melayu katanya harus sedar, "tongkat" tidak akan diberi selama-lamanya.

"Selepas beberapa lama kita perlu buang tongkat itu. Tetapi sesetengahnya beranggapan tongkat itu adalah hak mereka, dan itu tidak benar sama sekali," katanya lagi. ~malaysian insider



Iklan B (ii)






1 comment:

  1. Apakah PERKATAAN yg tepat untuk sikap Najib yg seperti tidak indah/tidak terkesan dgn berbagai serangan dari berbagai pihak terhadap dirinya dan urustadbir kerajaan yg dipimpin ? Mungkinkah perkataan 'muka tembok' (dlm bahasa Inggeris barangkali di sebut ''stonewalling'') yg tepat. Apakah ini satu stratiji pengurusan kritikan ? Mungkinkah persepsi dirinya berketurunan pendatang dari daerah Indonesia berperanan mewajarkan sikap ketidakpedulian akan isu2 setempat. Apakah dinamiks sikap yg dipamerkan, unsur2 yg mencetuskannya, ciri2 yg boleh mengurang atau mengukuhkan sikap ini, dapatkah dipertahankan dan untuk berapa lama. Mohon pandangan dari pakar2 dlm bidang saikologi, 'visual anthropology' dan sebagainya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...