Sunday, 7 December 2014

Mahathir Dedah Rahsia Anwar?


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden atas nasihat kepada kerajaan Malaysia agar bertindak dengan betul dalam kes Liwat II.

Katanya, Biden sepatutnya melihat kepada kes dalam negara sendiri kerana terdapat kes warga AS yang ditahan lebih 10 tahun tanpa perbicaraan.

"Mereka juga diseksa, itulah caranya di Amerika,” katanya kepada pemberita selepas satu acara Proton hari ini.

"Mereka menjatuhkan hukuman mati kepada golongan yang tidak tahu bahawa mereka dikenakan hukuman mati.

“Tiba-tiba, muncul dron yang menembak orang itu. Inilah negara yang mahu mengajar dunia mengenai keluhuran perlembagaan,” katanya.

Mahathir berkata AS tidak mahu kerajaan Malaysia mensabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II kerana kuasa besar dunia itu mahu Anwar menjadi perdana menteri.

"”Itu terpulang pada mereka, tetapi kita tidak mahu (Anwar jadi perdana menteri),” tegas Mahathir.

Biden semalam dalam kenyataannya menyebut bahawa Malaysia berpeluang untuk membetulkan keadaan dan mempromosi keyakinan dalam demokrasi dan kehakiman melalui kes rayuan Liwat II. ~malaysiakini




Iklan B (ii)







3 comments:

  1. Bukan saja Amerika lebih dari 50% rakyat Malaysia mahu Anwar jadi Perdana Menteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi malangnya 50% rakyat yang dimaksudkan adalah terdiri dari puak2 kapir cina hindu dan melayu yang mendokong kaum nabi Lut.... Allah tidak akan merestui manusia-2 begini dari menjahanamkan agama Islam...

      Delete
    2. Agaknya kamu ni dah terlampau banyak pahala sehingga sanggup menuduh rakyat yang 50% lebih itu yang semestinya ada orang Islam mendokong kaum Nabi Lut.
      Ingatlah! Dengan tuduhan kamu itu dan mempercayai tuduhan fitnah terhadap Anwar dan menyebarkannya AKAN MENYEBABKAN KAMU KEHILANGAN PAHALA YANG SANGAT BANYAK DI AKHIRAT KELAK KERANA TERPAKSA MEMBERIKANNYA KEPADA ORANG YANG KAMU TUDUH DAN FITNAH ITU.
      Saya ingatkan sekali lagi, jangan menyesal di Akhirat kelak. Bersegeralah meminta maaf sebelum terlambat.

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...